Saturday, February 21, 2009

Martabat Tulisan Jawi

Berikut adalah sedutan daripada buku Perlembagaan Persekutuan (Undang-undang Malaysia) (Hingga 15hb Januari 2003) ILBS. Usaha memartabatkan tulisan jawi tak perlu dikesampingkan oleh mana-mana pihak, dewasa ini heboh mengatakan perlu memartabatkan bahasa melayu termasuklah tulisan jawi. Tulisan ini harus dipupuk dan disemai setiap lapisan masyrakat kerana kebanyakkan pengajian dalam ilmu agama banyak mengunakkan tulisan jawi...

Dengan cabaran masa kini, anak-anak kurang terdedah kepada ilmu agama yang dapat menjadi benteng diri daripada tercebur dengan pekara-pekara yang negatif. Malah ada diantara ibu bapa pun turut tidak tahu membaca tulisan jawi lagi...Bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu sejak berkurun lamanya sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, sebaliknya pada zaman itu Eropah melalui Zaman Gelapnya (Dark Ages)...Tanpa sebarang ilmu apatah lagi hendak mengangkat menjadi bahasa ilmu?



BAHAGIAN 12


AM DAN PELBAGAI

152. Bahasa Kebangsaan

(1) Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa-

(a) tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada mengunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain; dan

(b) tiada apa-apa jua dalam fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan pengunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.


Dalam "Fasal 152. Bahasa Kebangsaan (1) Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan". Jelas menerangkan "Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu" dan Bahasa ini "hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan" maksudnya "dalam apa-apa tulisan termasuklah tulisan jawi dan rumi. Ini kerana dalam Bahasa Melayu hanya terdapat dua jenis tulisan yang ada iaitu Jawi dan rumi.

Tulisan jawi telah lama dipraktikkan di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan lagi manakala kedatangan tulisan rumi hasil daripada penjajahan. Namun
Perlembagaan Persekutuan telah mengiktiraf kedua-dua tulisan tersebut.

No comments:

Post a Comment