Insan.
Shukri Sulaiman
Di sini bermula.
“Mengelamun lagi ke?” Suara itu muncul secara tiba-tiba menyebabkan lamunan aku terhenti ke arah sebuah kota lama yang tidak jauh dari flat kediaman aku.
“Tak ada apa-apa, cuma duduk termenung saja”
Sudah menjadi kebiasaan aku duduk di tepi tingkat sambil memerhatikan keadaan sekeliling disamping memerhatikan gelagat penghuni di sini.
Dalam keadaan musim panas yang hampir mencecah 40 darjah celcius, kami berempat merasa lebih selesa memilih untuk tidak keluar kerana tidak tahan cuaca yang panas melampau kalau dibandingkan dengan cuaca di tanah air yang kurang sedikit bahangnya.
“Sepanjang aku duduk di Mesir, aku rasa cuaca hari ini yang paling panas” Keluh Naufal dengan muka yang merah padam.
“Ini baru panas dunia Naufal, ingat belum lagi panas akhirat nanti?” Melihatkan wajah Malik yang gelisah.
“Itu aku tahu, Cuma panas kali ini lain sikit” Jawab Naufal sambil beredar ke bilik air untuk mandi membasahkan badannya.
Naufal baru sudah dua tahun menetap di sini. Selain itu, Zikri dan Fatim merupakan penghuni flat kami. Aku yang paling tua, dianggap sebagai ketua keluarga dalam keluarga kecil ini.
Kadang-kadang dalam semua hal biasanya aku akan di galas mahupun hal yang remeh temeh.
Kami berempat sudah aku anggap macam saudara kandung sendiri, berjauhan di tempat orang membuatkan semangat ukuwwah antara kami semakin erat antara satu sama lain. Konsep baiti jannati (rumahku adalah syurgaku) menjadi teras keharmonian ukuwwah kami.
Rasa macam sekejap saja aku akan menamatkan pengajian di sini dan pulang ke tanah air. Walaupun aku sekarang bergelar seorang mahasiswa yang bakal menempuhi alam pekerjaan tidak lama lagi.
Walaupun berada di tempat orang namun perjuangan untuk mendapatkan secebis ilmu di universiti tertua ini.
Tiada tujuan lain mereka berhijrah ke bumi kinanah (salah satu nama jolokan bagi bumi Mesir) untuk mendapatkan secebis ilmu yang akan dimanfaatkan untuk Islam, diri, masyrakat dan negara amnya.
Lazimnya penduduk disekitar Delta Nil masih lagi berlindung di dalam rumah yang berhawa dingin jika hendak dibandingkan dengan keadaan cuaca di luar.
Hembusan angin sahara di sertai dengan debu yang menambahkan lagi kehangatan udara. Istirehat dalam flat lebih nayaman daripada hendak berjalan kaki meskipun hendak menuju solat zuhur berjamaah di masjid.
Meskipun azan di laungkan di setiap ceruk kota namun mereka yang benar-benar kuat imannya saja mampu menggerakkan rohani dan jasmani untuk menuju ke masjid.
Bagai pepohon hijau di tengah padang pasir, masih lagi mampu berdiri sambil bertasbih kepada yang Maha Esa tetap tidak pernah mengeluh lantas tidak sedetik pun lalai dari menjalankan kewajipan titah perintah tuhan pentadbir semesta alam.
Kisah hidup.
Aku bukanlah di lahirkan dalam keluarga yang serba mewah atau daif, cukuplah untuk kedua orang tuaku menyara kami sekeluarga dan memberikan didikan yang sempurna dengan harapan aku akan menjadi insan yang berguna kelak.
Aku cuba mengimbas kembali bagaimana peristiwa ketika aku mula-mula hendak menjejakkan kaki di bumi Mesir. Berkat bantuan keluarga, Cikgu Afif dan semua jemaah surau Kampung Sungai Duyong, Melaka membawa aku sampai ke tahap ini.
Aku amat terhutang budi kepada mereka semuanya itulah semangat ukuwwah yang di tunjukkan bagi membantu aku melanjutkan pelajaran hingga ke tahap ini.
“Macam mana saya nak pergi Cikgu?”
“Insyallah, kami akan membantu setakat yang kami mampu lakukan, bersabarlah Allah senantiasa bersama dengan orang yang sabar. Kalau kamu sudah ditakdirkan pergi ke sana, kamu tetap akan pergi juga” Cikgu Afif menasihati.
“Terima kasih atas bantuan yang Cikgu hulurkan”
Ketika itu aku runsing memikirkan adakah Ayah mampu membiayai segala kos perbelanjaan untuk menyambung pelajaran di Mesir nanti walaupun aku cuba memohon pinjaman atau biasiswa pendidikan.
Mujur tidak lama kemudian, aku dapat tajaan biasiswa melanjutkan pelajaran. Berat hati hendak meninggalkan keluarga dan hidup jauh di perantauan.
Ayah cuma seorang pemandu bas sekolah manakala ibu menjadi suri rumah sepenuh masa, berapalah sangat pendapatan sebagai pemandu bas sekolah. Berdepan dengan kerenah pelajar sekolah, maintance, pemeriksaan berkala dan sebagainya.
Akhirnya bila cukup bulan, pendapatan itu hanya cukup-cukup makan sahaja untuk menampung kami sekeluarga. Memandangkan keadaan kesihatan ayah, sekali-sekala dia tidak mampu hendak memandu bas akibat kesakitan lutut dan sakit sendi.
Aku membantu sekadar yang termampu yang aku lakukan. Tidak ada tempat aku hendak mengadu lagi melainkan kepada Mu ya Allah, tempat aku meminta pertolongan. Pertolongan dari Allah itu datang dengan berbagai-bagai cara sehingga aku bisa menjejakkan kaki ke bumi Mesir.
Zaman persekolahan.
Proses menjadikan aku seorang manusia memakan masa yang agak lama. Institusi sekolah menjadi saksi kegigihan aku menuntut ilmu pengetahuan sehingga aku memperolehi Mumtaz (cemerlang) dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Mahaad Muhammadi.
Bukan mudah proses untuk memanusiakan manusia. Itulah tugas dan amanah penting yang perlu di galas oleh seorang pendidik atau guru.
Selama ini Cikgu Afifl yang banyak memberikan aku dorongan sehingga aku memperolehi keputusan cemerlang. Pada hari menjelangnya hari peperiksaan.
“Hari ini kamu perlu buktikan kepada semua orang disekeliling kamu syukri. Kamu boleh lakukan yang terbaik, ” Pesan Cikgu Afif.
“Ingat! Balas jasa kedua orang tua kamu. Dengan cara ini sedikit sebanyak dapat mengembirakan hati orang tua kamu.
Mereka berhempas pulas mencari rezeki untuk membesarkan kamu sehingga kamu berjaya. Cikgu senang kalau kamu sudah berjaya kelak” Tegasnya.
Sejak dari hari itu, aku masih lagi ingat pesannya. Walaupun Cikgu Afif banyak cakap dan selalu membebel namun ada benarnya.
Bermula dari aku seorang tidak tahu membaca, menulis dan mengeja sehinggalah aku menjadi seorang mahasiswa…terima kasih Cikgu.
Teringat kembali bagimana aku mula-mula dapat membaca merupakan suatu kepuasan yang amat tidak terhingga apatah lagi Cikgu yang mengajar aku.
Itulah di namakan kepuasan seorang pendidik yang tidak dapat di gambarkan oleh sesiapapun.
Saban tahun Hari Guru datang dan pergi. Biasanya perayaan itu hanya meriah semasa di peringkat sekolah. Ia bukanlah satu hari yang besar pada mereka yang tidak terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan.
Guru seringkali di definisikan sebagai guru yang mengajar di sekolah sahaja. Padahal makna guru itu amat dalam dan merangkumi sesiapa sahaja yang memenuhi kriteria - mengajar sesuatu yang baru kepada yang tidak mengetahui.
Itulah makna seorang guru, tak kiralah apa yang di ajarkan. Teringat pula petikan puisi daripada Allahyarham Usman Awang yang berjudul "Guru Oh Guru"
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Begitulah permulaan kita dengan sejarah seorang guru, besar sumbangan mendidik anak bangsa dengan penuh sabar. Dari mula tidak tahu mengenal dunia sehingga menjadi generasi yang memimpin dunia.
Kesabaran hendak megajar dan melayan teletah anak murid yang sering kali menimbulkan pelbagai masalah. Matlamat untuk melahirkan generasi bangsa yang berilmu dan berpengetahuan tidak diketepikan.
Terasa kering benar tekak aku, Zikri cuba menawarkan aku ashir (jus) mangga bagi menghilangkan dahaga.
“Akhi Syuk mahu ashir mangga ini?” Pelawa Zikri.
“Macam tahu saja, tekak ini memang dahaga sangat”.
“Syukran, Zikri”.
“Afwan”.
Teringatkan nostalgia lalu sambil menghirup ashir mangga memang mengasyikkan ketika waktu cuaca panas begini.
Tambahan pula, tugas guru yang mendididk bukanlah satu tugas yang mudah kerana pada hari ini ibubapa meletakkan sepenuhnya tugas mendidik anak mereka dibahu guru sedangkan anak-anak ini memerlukan didikan dan perhatian daripada orang tuanya.
Berbeza dengan zaman dahulu, mereka diasuh dengan didikan agama seperti kelas mengaji al-quran, tajwid dan halaqah dengan membaca kitab-kitab lama karangan ulama nusantara yang terkenal mahupun kitab terjemahan dengan mengunakan tulisan jawi lama.
Struktur ayat tidak mudah di fahami bagi sesiapa yang tidak pernah membaca atau mempelajari kitab lama.
Ini kerana ambilan ilmu tersebut di terjemahkan terus kedalam bahasa melayu lama, kerana zaman dahulu tiada penel penilai perterjemah bagi mengawal istilah terjemahan.
Tanpa seorang mualim atau guru aku takkan dapat memahami sedikitpun. Tanpa mereka siapalah aku!
Kalau tanpa proses pendidikan tak mungkin aku akan menjadi insan yang berguna kepada masyrakat. Lihatlah dengan golongan yang tidak senasib dengan aku seperti mat rempit, mat dadah dan macam-macam lagi mat yang ada dimuka bumi ini.
Mereka bukan minta untuk jadi macam itu mungkin itulah takdir ketentuan ilahi, mereka perlu mengubah diri mereka andai tersasar jauh dari panduan ilahi.
Setiap manusia pasti melakukan kesilapan, melalui kesilapan itulah kita belajar memperbetulkan kesilapan dan melalui kesilapan itulah kita berubah menjadi yang lebih baik.
Berjamaah
Menyambung pengajian Ijazah di Universiti Al-Azhar, Mesir merupakan impian sejak dahulu untuk menjejakkan kaki dibumi anbia’.
Lalu azan zuhur berkumandang di setiap sudut kota memanggil untuk sama-sama melakukan solat secara berjamaah.
Teringat akan sebuah hadis, Imam Ibn Majah meriwayatkan dari Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:
"Barangsiapa mendengar seruan Azan kemudian tidak mendatanginya maka tidak ada solat baginya kecuali uzur".
No comments:
Post a Comment