Tuesday, October 11, 2011

Tips Mendidik Anak

· Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan)
· Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

· Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

· Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya)

· Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

· Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

· Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai suatu bebanan kepada ibubapa mereka.

· Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.

· Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

· Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg datangnya daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

· Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

· Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

· Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

· Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

· Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

· Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibubapa.

· Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja-kerja ofis selalunya lebih penting daripada keluarga.

· Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka, tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

· Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. Ibarat kain yang putih, terpulanglah kepada anda untuk mencorakkannya. Semuanya di tangan anda.

Monday, October 10, 2011

Rosak Amalan kerana Ingin Dipuji

Dalam sirah Nabi Muhammad saw menerusi kisah kematian Qazman seorang yang menyamar sebagai muslim berjuang bersama-sama para sahabat. Sedangkan hatinya menyertai para sahabat hanyalah bertujuan mendapatkan jolokan pejuang berjiwa bangsa arab untuk menjaga kepentingan Yathrib. Penyertaannya hanyalah untuk dipuju orang. Akhirnya beliau telah berjaya membunuh ramai musuh yang menyerang Madinah.

Walau abagaimanapun, Nabi Muhammad saw agak keberatan menyebut kematiannya sebagai sorang Syuhada. Akhirnya Nabi Muhammad saw dengan tegas mengatakan dia mati sebagai seorang kafir yang tidak diterima usahanya sedikit pun di sisi Allah swt. Kenyataan Nabi Muhammad saw ini disokong oleh seorang sahabat yang menyaksikan bahawa Qazman telah membunuh dirinya sendiri dengan pedang yang dimilikinya kerana kesakitan daripada luka yang dialaminya dalam peperangan Uhud ini.

Ini amat berbeza sekali dengan seorang prajurit islam dalam kalangan sahabat yang bernama Usayrim ra yang memeluk islam agak lambat. Walau bagaimanapun beliau telah menjejaki syurga dengan ketelusanya beriman kepada Allah swt dan RasulNya. Nabi Muhammad saw pernah bersabda yang bermaksud “Usayrim ialah ahli syurga walaupun tempoh keislamanya amat pendek dan beliau belum pernah solat walaupun satu rakaat”

Kedua-dua personality ini berbeza kerana Qazman adalah suatu gambaran manusia yang menderita seperti pengembara yang mengharapkan kewujudan air ditempat yang amat payah menemuinya, sedangkan Usayrim ra ialah seorang bertaraf sahabat yang menyahut panggilan fitrah dalam dirinya, lantas menyertai Nabi Muhammad saw walaupun belum sempat berbuat apa-apa amalan walaupun solat.

Sumber: Majalah Solusi. isu no 35. tahun 2011