Suasana asing bagi aku yang kali pertama menjejakkan kaki ke SMK St Francis, Bandar Hilir, Melaka (semuanya pelajar lelaki cuma tingkatan 6 shj)...aku cuba untuk membiasakan diri dalam minggu ni jugak, tapi sayangnya "ku sangkakan hujan sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari" ceh bermadah pulak! Tajuk artikel ni merupakan moto sekolah kami..
Masa aku dapat tawaran menjadi Guru GSTT, aku terus memaklumkan keluarga aku pastu aku teringatkan cikgu disekolah lama aku yang bertukar sekolah yang sama...inilah masanya aku nak berguru lagi, kali ini bukan tentang apa yang aku pelajari disekolah dulu, sebaliknya aku nak dapatkan tips atau petua cam mana nak kawal anak murid nanti, mungkin kene bawa pengeras kot...
Hari pertama, aku memulakan tugas sebagai guru dengan relief untuk guru yang mengambil cuti sahaja, maklum la aku belum ade jadual lagi....tugas aku bertambah getir kerana keesokan harinya aku diminta pentadbiran sekolah untuk menjadi Pengadil badminton bagi Saringan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Negeri Melaka (MSSM) bagi kawasan bukit cina...terkejut aku dibuatnya...Paksa rela, aku cuba ikhlaskan diri supaya aku dapat lakukan tugas yang mencabar ini dengan baik dan sempurna...
No comments:
Post a Comment