Wednesday, December 28, 2011

Penghulu Istigfar

Tuesday, October 11, 2011

Tips Mendidik Anak

· Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan)
· Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

· Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

· Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya)

· Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

· Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

· Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai suatu bebanan kepada ibubapa mereka.

· Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.

· Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

· Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg datangnya daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

· Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

· Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

· Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

· Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

· Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

· Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibubapa.

· Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja-kerja ofis selalunya lebih penting daripada keluarga.

· Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka, tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

· Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. Ibarat kain yang putih, terpulanglah kepada anda untuk mencorakkannya. Semuanya di tangan anda.

Monday, October 10, 2011

Rosak Amalan kerana Ingin Dipuji

Dalam sirah Nabi Muhammad saw menerusi kisah kematian Qazman seorang yang menyamar sebagai muslim berjuang bersama-sama para sahabat. Sedangkan hatinya menyertai para sahabat hanyalah bertujuan mendapatkan jolokan pejuang berjiwa bangsa arab untuk menjaga kepentingan Yathrib. Penyertaannya hanyalah untuk dipuju orang. Akhirnya beliau telah berjaya membunuh ramai musuh yang menyerang Madinah.

Walau abagaimanapun, Nabi Muhammad saw agak keberatan menyebut kematiannya sebagai sorang Syuhada. Akhirnya Nabi Muhammad saw dengan tegas mengatakan dia mati sebagai seorang kafir yang tidak diterima usahanya sedikit pun di sisi Allah swt. Kenyataan Nabi Muhammad saw ini disokong oleh seorang sahabat yang menyaksikan bahawa Qazman telah membunuh dirinya sendiri dengan pedang yang dimilikinya kerana kesakitan daripada luka yang dialaminya dalam peperangan Uhud ini.

Ini amat berbeza sekali dengan seorang prajurit islam dalam kalangan sahabat yang bernama Usayrim ra yang memeluk islam agak lambat. Walau bagaimanapun beliau telah menjejaki syurga dengan ketelusanya beriman kepada Allah swt dan RasulNya. Nabi Muhammad saw pernah bersabda yang bermaksud “Usayrim ialah ahli syurga walaupun tempoh keislamanya amat pendek dan beliau belum pernah solat walaupun satu rakaat”

Kedua-dua personality ini berbeza kerana Qazman adalah suatu gambaran manusia yang menderita seperti pengembara yang mengharapkan kewujudan air ditempat yang amat payah menemuinya, sedangkan Usayrim ra ialah seorang bertaraf sahabat yang menyahut panggilan fitrah dalam dirinya, lantas menyertai Nabi Muhammad saw walaupun belum sempat berbuat apa-apa amalan walaupun solat.

Sumber: Majalah Solusi. isu no 35. tahun 2011

Monday, September 19, 2011

Bagaimana Mencegah Rasa Tidak Setuju Supaya Tidak Menimbulkan Perdebatan.

Sebuah artikel memeuatkan saranan dalam Bit and Pieces mengenai tips-tips bagaimana mencegah rasa tidak setuju supaya tidak menimbulkan perdebatan.

Sambut baik perasaan tidak setuju itu. Ingatlah slogan “apabila dua pihak selalu bersetuju, ada diantara mereka sebenarnya tidak perlu berbuat begitu. Ada beberapa hal yang belum kita fikirkan, bersyukurlah ianya diberitahu pada kita. Mungkin percanggahan pendapat ini adalah peluang membetulkan kita sebelum kita membuat kesalahan yang lebih serius”.

Jangan percaya pada gerak hati yang spontan, reaksi semula jadi kita yang dalam sebuah situasi yang tegang menjadi defensif. Berhati-hati, bertenang mungkin kita dalam keadaan stress dan kita bukan dalam situasi yag terbaik

Kawal kemarahan kamu. Ingat kamu dapat mengukur keperibadian sesorang melalui hal-hal yang membuatnya marah.

Dengar dulu, beri kesempatan kawan kamu berbicara biarkan mereka selesai berbicara. Jangan menolak, mempertahankan diri atau berdebat. Semua ini hanya meninggikan tembok penghalang. Berusahalah membina jambatan jangan membina batu penghalang yang berpunca daripada salah faham.

Cari bidang-bidang dimana kamu dan pihak lawan mempunyai kata sepakat. Kamu sudah mendengar kata-kata kawan kamu. Fikirkan dahulu pokok perbincangan yang kamu setuju.

Jujurlah. Cari ruang untu kamu menerima kesalahan dan sampaikan. Meminta maaf atas kesalahan kamu lakukan.

Berjanji bagi memeikirkan idea-idea lawan kamu dan analisa idea-idea itu dengan saksama. Lakukanlah dengan bersungguh-sungguh mungkin kawan kamu benar. Jauh lebih mudah bagi kita memikirkan pandangan-pandangan mereka jika dibandingkan keadaan kamu yang sedang marah.

Berterima kasihlah pada lawan kamu dengan tulus kerana minat-minat mereka. Berterima kasih kerana mereka meluangkan masa walaupun tidak bersetuju dengan kamu ini kerana walaupun tidak setuju namun mereka turut menunjukkan minat membantu kamu.

Jangan terburu-buru bertindak, berikan waktu kepada kedua-dua pihak bagi memikirkan masalahnya. Sarankan pertemuan berikut diadakan ketika semua fakta mungkin dapat dibawa bersama untuk difikirkan bersama.

Dipetik daripada buku yang bertajuk How To Win Friends & Influence People oleh Dale Carnegie.

Thursday, September 15, 2011

Puasa enam syawal

Ramadhan telah berlalu dan kini Syawal telah tiba. Namun tarbiyah Ramadhan diikuti tarbiyah Syawal juga tarbiyah bulan-bulan lain semuanya dan berkesinambungan dengan ketaatan dan ibadah merupakan bukti penerimaan Ramadhan.

Dan orang-orang yang beriman serta beramal saleh, mereka itu penghuni surga; mereka kekal di dalamnya (Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 82)

Wahai orang yang Allah berikan taufik kepadanya di bulan Ramadhan. Janganlah anda kembali kepada dosa-dosa yang anda lakukan sebelum Ramadhan seperti amalan mengumpat, mencerca, menipu, khianat dan sebagainya..kerana anda telah merasai kemanisan air mata dan kelazatan munajat yang merupakan saat yang paling bahagia bagi para hamba. Oleh itu janganlah anda tinggalkan kebahagiaan yang telah dinikmati itu. Begitu juga amalan qiam, puasa, sedekah, tilawah al-Quran dan zikir.

Puasa sunat di bulan Syawal selepas Ramadhan adalah di antara peluang terbaik kerana orang yang berpuasa masih berada pada ketaatan dan ibadah yang lain setelah selesai puasa Ramadhan.

Nabi saw telah menyatakan kepada umatnya tentang kelebihan puasa enam Syawal dan mendorong mereka dengan menggunakan teknik galakan supaya melaksanakan puasa 6 hari

Menurut Imam Nawawi: Para ulamak menyatakan: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa dua bulan”.

Hikmah Dari Segi Kesihatan

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem pencernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.

Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan.

Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri. Akhir kata selamat beramal.

Tuesday, September 13, 2011

fakta - auta?


Fakta Barat

1. Jarak diantara Nabi Adam dan kita cuma diantara 10000-20000 tahun dan fossil manusia perempuan tertua dijumpai berusia 4.4 juta di Ethiopia.
2. Manusia dahulu hidup bercawat, tidak tahu memasak, bertani dan tinggal didalam gua (tidak bertamaddun).
3. Manusia dahulu tidak mempunyai bahasa dan berpakaian tidak sempurna.
4. Manusia berevolusi melalui pelbagai zamanà ais/batu


Fakta Al-Quran

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar". Malaikat itu menjawab: "Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?". Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. (Al-Baqarah- Ayat 30-34)

Fakta Hadith

Hadis al-Bukhari yang berbunyi : Abu Dzar telah meriwayatkan: saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW: "Apakah masjid yang pertama dibina di atas muka bumi ini?, Rasulullah SAW menjawab:
"Masjid al-Haram", saya bertanya lagi: "kemudiannya...", balas Rasulullah SAW:
"Masjid al-Aqsa". Saya bertanya lagi: "Berapakah jarak di antara keduanya (tempoh
dibina kedua-duanya), balas Rasulullah SAW: "empat puluh tahun, di mana sahaja
kamu dapat bersolat pada keduanya, maka bersolatlah (di sana), di sana ada kelebihan
(untuk mereka yang bersolat di kedua-dua masjid tersebut)".Nabi Adam a.s adalah manusia pertama membina Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa didalam selang waktu 40tahun.

Fakta Sejarah Islam

Nabi Idris dianugerahi kepandaian dalam berbagai disiplin ilmu, kemahiran, serta kemampuan untuk mencipta alat-alat yang dapat mempermudahkan pekerjaan manusia, seperti pengenalan tulisan, matematik, ilmu astronomi.

SEDARKAH PEN, TULISAN, HURUF, ANGKA, DAN ILMU CAKRAWALA ITU ADALAH HASIL TAMADDUN MANUSIA DAHULU LAGI YG KAMU KATAKAN BERCAWAT ITU. MASIH BODOHKAH MANUSIA TERDAHULU ITU? FIKIRKAN DAN RENUNGKAN

Monday, August 29, 2011


Taqabbalallahu minna waminkum, fataqabbal Ya Kareem. Kullu 'am waantum bikhair...selamat hari raya eidulfitri

Thursday, August 25, 2011

Demi menarik pelancong dari pelbagai negara, salah satu ikon yang perlu dimiliki oleh negara tersebut adalah menara. Menara yang dibina pelbagai ragam dari bentuknya yang unik sehingga tingginya menara tersebut, dan menara mendapat jolokan bangunan pencakar langit kerana tingginya yang jika dilihat dari bawah sampai ke langit.

Inilah 4 buah menara yang masih tertinggi di dunia.

1. Burj Khalifa / Burj Dubai


Menara ini adalah bangunan tertinggi atau menara tertinggi di dunia, tingginya mencapai kira-kira 828 Meter, pembinaan bangunan ini di selesaikan pada tahun 2010, dan memakan kos 4,1 milion dolar AS .Sesuai dengan namanya Burj Dubai terletak di kota Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

2. CN Tower


Menara ini adalah bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Dubai, menara ini mencapai tinggi 553,3 meter, pembinaan bangunan ini memakan kos 330 Juta dolar Kanada, dan di selesaikan pada tahun 1976, CN Tower ini terletak bandar Toronto, Kanada.

3. Willis Tower


Menara ini terletak di Chicago, Amerika Serikat, bangunan ini mempunyai tinggi 527 Meter, bangunan ini di rancang oleh Ketua arkitek Bruce Graham dan Jurutera Struktur Fazlur Khan dari Skidmore, Owings and Merrill, pembinaannya selesai pada tahun 1974.

4. Taipei 101


Menara ini terletak di Distrik Xinyi, Taipei, Taiwan. Nama rasminya adalah Bangunan Kewangan Internasional Taipei, bangunan ini memiliki tinggi kira-kira 509.2 Meter. Selesai di bina pada tahun 2004

Kapsul belon untuk pelancong lihat Bumi




KAPSUL yang bergerak ke lapisan stratosfera Bumi dengan belon.

BARCELONA - Sebuah syarikat Sepanyol mencipta sebuah kapsul yang akan membawa pelancong ke stratosfera Bumi dengan menggunakan belon helium pada 2013, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Stratosfera berada pada ketinggian di antara 12 hingga 50 kilometer dari Bumi.

Syarikat Zero 2 Infinity itu mengenakan tambang sebanyak £90,000 (RM442,734) untuk setiap pelancong yang berada di dalam kapsul tersebut selama lima jam.

Para pelancong akan menikmati pemandangan Bumi. Kapsul tersebut direka supaya mereka boleh memakai baju-T semasa berada di dalamnya.


BENTUK kapsul yang akan dinaiki oleh pelancong.


Ketua Pegawai Eksekutif Zero 2 Infinity, Jose Mariano Lopez-Urdiales berkata, dia mendapat idea untuk melaksanakan projek tersebut sepuluh tahun lalu.

Setakat ini tiga ujian sudah dilakukan pada jarak 32.18 kilometer dari bumi.

Para pelancong akan disajikan makanan semasa mereka berada di dalam kapsul itu. - Agensi