Hadith Rasulullah S.A.W. diriwayat dari Abu Daud:
Seseorang di akhirat nanti pasti akan ditanya tentang empat perkara: Usianya untuk apa dihabiskan; jasmaninya untuk apa dipergunakan; HARTAnya dari mana didapati dan untuk apa dipergunakan; dan umurnya untuk apa digunakan. (H.Riwayat Al-Darimi)
Mengapa kita memerlukan pelan kewangan? Jika mahu kejayaan dalam apa jua usaha. Bijak pandai selalu berkata, kita tidak merancang untuk gagal, tetapi ramai yang gagal untuk merancang. Setiap insan mengimpikan Kehidupan yang baik (hayatan thoiyyibah) di dunia dan akhirat.
Secara umum, kita tidak mempunyai sumber pendapatan dan terlalu dinamik sekarang dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, lebih ketara lagi apabila berada dalam tempoh persaraan. Kita cenderung untuk menghabiskan tempoh lazim persaraan dalam keadaan yang tenang dan santai. Sedangkan, kos sara hidup tidak pernah bersara malah semakin hari semakin meningkat terutamanya perbelanjaan perubatan. Dalam masa yang sama, kita masih leka tentang kepentingan pelaburan.
Kalau dulu kita berada dalam suasana kampung, hidup di dalam satu institusi keluarga yang kukuh. Setelah bersara atau tidak bekerja, ibubapa yang tiada pendapatan tinggal bersama anak-anak mereka atau dalam kelompok kejiranan berdekatan serta saling bantu membantu. Inilah pegangan masyarakat kita dahulu yang memegang nilai sebagai landasan hidup. Dengan pendapatan yang kecil, mereka berjaya membesarkan anak-anak dengan kecukupan pendidikan, akhlak, keperluan asas dan sebagainya.
Berbeza dengan situasi sekarang ini, Kemudahan pinjaman, keperluan seharian dan pengaruh persekitaran telah menjadikan kita keliru dan terkadang gagal menjustifikasikan tindakan. Persediaan yang sepatutnya perlu dibuat bermula dari sekarang iaitu membuang sifat negatif terhadap kebendaan dan membina nilai diri dan keluarga dengan keperluan dan kelengkapan sara hidup yang bukan sahaja dari aspek kewangan malah ilmu pengetahuan serta pengisian menyeluruh rohani, mental dan fizikal.
No comments:
Post a Comment