Saturday, September 5, 2009

Bertengkar untuk kekal bahagia?


“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatnya, bahawa ia menciptakan untuk kamu wahai kaum lelaki, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. Supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang berfikir" (Surah ar-Rum ayat : 21)



Bahagiakah anda? itulah soalan pertama yang bermain difikiran bila baca Metro 6/9/09 dimana pasangan daripada Britain telah mendirikan rumah tangga selama 76 tahun dan rahsia mereka kekal bahagia ialah akibat berlakunya petengkaran kecil yang berterusan. Ralph 106 tahun dan isterinya Phyllis yang berusia 100 tahun kini dinamakan sebagai pasangan berkahwin yang paling lama di Britain.

Menurut mereka setiap kali pertengkaran, mereka yang bersalah perlu meminta maaf dan ia perlu dilakukan dengan serta merta kata Phyllis. Sebelum ini pasangan ini mula berkenalan pada tahun 1926 tetapi menanti 7 tahun untuk melangsungkan perkahwinan pada 1933.

Ralph turut kesal dengan trend anak muda yang kerap lari daripada tanggungjawab mereka dan dengan kadar kes penceraian yang agak membimbangkan dimana masalah utama mereka ialah mereka (pasagan yang bercerai) tidak mahu berusaha.

Allah S.W.T. mensyariatkan sesuatu perkara itu ada hikmah disebaliknya. Begitulah juga dengan perkahwinan, di mana ia mempunyai hikmah yang tersendiri. Perkahwinan adalah satu tuntutan syariat sebagai usaha kesinambungan melahirkan penyambung generasi untuk mentadbir muka bumi sesuai dengan penciptaan manusia sebagai khalifah. Perkahwinan pertama di dunia telah berlaku di antara Nabi Adam a.s bersama Hawa melalui cara yang dibenarkan oleh Allah S.W.T. Perkahwinan pasangan pertama ini menunjukkan bahawa tuntutan syariat hubungan lelaki dan perempuan hendaklah melalui ikatan yang sah iaitu 'aqad (ijab dan qabul).

Firman Allah S.W.T di dalam surah an-Nisa'. Ayat 1:
Maksudnya: "Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa), dan juga yang membiakkan dari kedua-nya-zuriat keturunan-lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu".

Ketika mengulas tentang sunnah dan tuntutan perkahwinan ini, Rasulullah S.A.W. juga bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah:

Maksudnya: “Dari Aisyah Radiallah anha berkata: Rasulullah S.A.W. telah bersabda; "Perkahwinan itu adalah sunahku, sesiapa yang tidak mengikut sunahku, maka dia bukanlah dari golongan umatku. Berkahwinlah (dengan wanita-wanita) Sesungguhnya aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai. Barangsiapa yang mampu (zahir dan batin), maka berkahwinlah. Sekiranya tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya dengan berpuasa itulah menjadi perisai". (Riwayat Ibnu Majah)


No comments:

Post a Comment