Friday, January 30, 2009

Persediaan ke sekolah

Assalamualaikum....pada khamis yang lepas aku baru sahaja mendapat tawaran mengajar dibawah program Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Sekolah Menegah Kebangsaan St Francis, Banda Hilir, Melaka. Taklimat yang disampaikan pada 29/01/09 di Pejabat Pendidikan Dearah (PPD), Sektor Pengurusan Agama Islam, Melaka Tengah yang melibatkan hampir kesemua sekolah di negeri Melaka. Hampir 1/3 daripada jumlah guru sandaran tu semuanya golongan hawa sebaliknya kami ini golongan yang boleh dikatakan "sepesis yang terancam". Aku mula berkhidmat sebagai guru sandaran bermula 02/02/09...Tapi tak tau la lagi cam mana dengan enviroment sekolah tu...

Erdogan

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mendapat sambutan bak seorang pahlawan ketika tiba di negerinya dari pertemuan Forum Ekonomi Dunia (klik utk lihat video) di Davos, Swiss. Agak-agaknya PM kita boleh lakukan tindakan sebegitu rupa?? Aku tak yakin, kalau PM kita boleh buat macam tu....Tindakan ini dilihat bukan mencari publisiti tetapi menyatakan kesedihan dan empati terhadap saudara kita yang berada di Gaza.

Sekitar 5,000 orang bersorak-sorai sambil melambaikan bendera Turki dan bendera Palestin ketika pesawat yang membawa Erdogan menyentuh landasan hari Jumaat pagi waktu tempatan.

Rakyat Turki bangga ketegasan sikap Erdogan saat berdebat dengan Presiden Israel Shimon Peres tentang sikap agresif Israel di Gaza dalam Forum Davos. Seperti diberitakan, Erdogan melakukan aksi 'walk out' sketika berdebat dengan Peres, kerana moderator debat David Ignatius (kolomnis akhbar Washington Post) tidak memberi kesempatan pada Erdogan untuk menjawab pertanyaan Peres tentang perang Israel di Gaza.

Ignatius hanya memberikan waktu satu minit kepada Erdogan untuk membalas serangan Peres yang memberikan justifikasi terhadap serangan ganas Israel ke Gaza. Kesal dengan sikap Ignatius yang juga beberapa kali memotong pernyataannya, Erdogan langsung meninggalkan kerusinya sambil berkata pada Peres, "Engkau pembunuh!"

Thursday, January 29, 2009

ETIKA KERJA ISLAM

Kekadang cuba kita lihat, bagaimana etika seorang pekerja berdasarkan persepsi orang ramai terhadap bidang tugas sesuatu kerja tersebut samada menjalankan amanah atau sebaliknya. Timbul pulak beberapa ajaran yang menyalahi etika kerja antaranya memulau dan sebagainya.

Islam telah menggariskan beberapa panduan dan etika boleh menjamin kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi. Matlamat utama memperkenalkan etika ini adalah untuk mengahasilkan bukan sahaja organisasi yang cemerlang tetapi juga ingin melahirkan manusia yang juga cemerlang dari segenap sudut malah selari dengan tuntutan kecemerlangan agama itu sendiri. Islam ingin melahirkan manusia yang seimbang dari segenap aspek kehidupan. Islam tidak hanya melahirkan manusia yang cemerlang dari sudut amalan agama sahaja tetapi juga ingin melahirkan kejayaan dalam kehidupan di dunia ini. Islam amat menentang tumpuan hanya kepada aspek tertentu dengan pengabaian kepada aspek yang lain. Ia perlu dilakukan secara beriringan.


KERJA SEBAGAI IBADAH

Setiap orang bekerja untuk memenuhi keperluan diri dan orang yang di bawah
tanggungannya, masyarakat, negara dan manusia sejagat. Semua tujuan ini terkandung dalam ertikata untuk mengabdikan diri kepada Allah, yang dianggap sebagai matlamat dan tujuan yang mulia.


Kita mungkin tertanya-tanya, bagaimana kita hendak membudayakan kerja sebagai satu ibadah yang dijanjikan ganjaran oleh Allah s.w.t. Kita juga mungkin terfikir mengapa kita amat berhati-hati dan sentiasa berusaha memelihara pantang larang di dalam melaksanakan sesuatu ibadah khususnya ibadah yang telah difardhukan. Haji umpamanya, seluruh bakal-bakal Haji dan Hajjah sanggup berusaha sebaik mungkin agar tidak melanggar pantang larang ketikan sedang berihram, rambut gugur, hati menjadi risau, kena dam ke tidak. Semua orang berusaha menjaga dan memelihara pantang larang tersebut. Persoalannya mengapa kita mengambil sikap sambil lewa atau dalam bahasa mudahnya ’ cincai ’ dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita. Jadi, Bagaimana kerja atau kerjaya kita boleh diiktiraf sebagai ibadah kalaulah ini sikap dan fahaman kita.


Oleh itu cara yang paling mudah ialah, cuba kita sematkan azam dan tekad untuk membudayakan kerja itu sebagai ibadah dengan berikhtiar agar semangat dan sikap berhati-hati kita semasa mengerjakan ibadah khusus diterapkan dalam tugas dan kerjaya kita. Pasti ketenangan, keseronokan dan kepuasan akan terpancar di hati dan wajah kita. Pasti tekanan, kekecewaan, kehampaan dan lain-lain watak negatif akan dapat dihindarkan.


Oleh itu, untuk menjadikan kerja itu sebagai ibadah beberapa syarat tertentu yang perlu dipatuhi selari dengan contoh-contoh ibadah lain yang menjadi kewajipan untuk dilaksanakan seperti sholat, puasa, haji dan sebagainya. Roh ibadah itu perlu diterapkan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Antaranya:


1. Niat kerana Allah : Kerja akan menjadi ibadah bila niat itu betul. Niat perlu semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. tanpa dipengaruhi dengan lain-lain tujuan. Niat yang tidak betul akan menjadikan kerja itu menyimpang dari tujuan ibadah. Contohnya, untuk mencari nama, pangkat, kekayaan, mengharapkan pujian dan seumpamnya.


2. Tunai tanggungjawab asas : Untuk menjadikan kerja itu ibadah, jangan sampai kita terpaksa mengorbankan ibadah-ibadah yang hakiki yang perlu ditunaikan seperti sembahyang, puasa dan sebagainya.


3. Kerja yang selaras dengan syarak : Kerja hanya akan dianggap ibadah apabila pekerjaan itu dianggap halal dari sudut syarak. Oleh itu kerja yang tidak selari dengan ketentuan syarak akan terkeluar dari maksud ibadah.


4. Tunai tanggungjawab sesama manusia : Tanggungjawab kepada manusia lain perlu juga ditunaikan walaupun hakikatnya mempunyai hubungan dengan soal kewajipan, seperti berzakat, besedekah, bantuan untuk anak yatim dan sebagainya.


5. Menanamkan sifat mulia : Setiap orang perlu mempunyai nilai-nilai murni dalam diri mereka, seperti sabar, dedikasi, berani, usaha yang berterusan dan seumpamanya.


Oleh itu, setiap individu perlu menghayati budaya dan etika kerja Islam. Matlamat Islam cukup jelas, untuk melahirkan kesejahteraan masyarakat seluruhnya, serta menjamin kualiti kerja dan perkhidmatan yang terbaik. Islam adalah berbeza dari etika kerja menurut Barat, kerana mereka hanya memfokuskan kepada keuntungan dan material semata-mata, tanpa mengambil kira aspek-aspek sampingan yang lain.

Tuesday, January 27, 2009

Setiap kerja boleh jadi Ibadah.

......

Allah telah berfirman di dalam Al Quran, surah al Baqarah ayat 21 yang bermaksud: "Wahai sekelian manusia, sembahlah tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertakwa."

Seruan ini Allah tujukan kepada semua manusia tidak kira orang Islam, orang yang beriman, orang yang durhaka atau pun orang kafir. Pendek kata, setiap manusia adalah dikehendaki oleh Allah supaya menyembahNya. Ada pun menyembah Allah itu bererti mengabdikan diri atau memberi baktinya kepada Allah swt.

Pengabdian diri ini adalah dikehendaki oleh Allah secara total dan menyeluruh di dalam setiap aspek kehidupan manusia itu. Ini berdasarkan firman Allah swt dalam surah AzZuriat ayat 56 yang bermaksud:

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku."

Dalam ertikata yang lain, setiap jin dan manusia ini adalah dijadikan khusus untuk beribadah kepada Allah. Ertinya, apa saja yang dibuat oleh manusia, ia mesti merupakan ibadahnya atau pengabdiaan dirinya atau amal baktinya kepada Allah swt. Tidak kiralah samada usahanya itu berupa usahanya dalam mencari rezeki, dalam membangunkan rumahtangga, dalam mengatur pendidikan anak-anak, dirinya atau pun keluarganya, dalam mengatur pergaulan masyarakat, dalam berekonomi, berjual beli, dalam berjuang dan berjihad dan dalam apa saja baik dalam tidur atau makan minum kita seharian, semuanya mestilah menjadi ibadah kepada Allah.

Ini jelas Allah gambarkan dalam sepotong firmannya yang lain dalam surah Ali Imran ayat 191 yang bermaksud:

"Orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, `Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia belaka'."

Jadi, Allah tuntut dari setiap manusia supaya sentiasa, setiap saat dan ketika memberikan ibadah dan amal baktinya kepada Allah. Kerana itu, haruslah kita mengetahui bagaimana kita hendak mengisi setiap usaha dan ikhtiar kita agar ia menjadi ibadah kita kepada Allah swt.

Ibadah terbahagi kepada tiga: petama ibadah asas, dan kedua ialah ibadah furu' (cabang) yakni amalan-amalan utama dan yang ketiga ialah ibadah umum.

Ibadah asas ialah ibadah utama dan penting. Termasuk di dalamnya ialah keenam-enam rukun iman dan kelima-lima rukun Islam. Hukumnya fardhu ain yakni tiap-tiap orang wajib menyakini dan beramal dengannya. Tanpa ibadah asas seseorang itu tidak beriman (kafir).

Ibadah cabang atau ibadah furu' ialah yang berkaitan dengan fardhailull `amal (amalan utama). Diantaranya seperti sembahyang dhuha, sembahyang witir, sembahyang tahajjud, zikir yang tertentu dan lain-lainnya.

Manakala ibadah umum termasuklah semua kegiatan hidup kita yang kita lakukan setiap hari. Bermula dari kita mengatur diri, anak isteri rumahtangga, kampung halaman hinggalah kepada soal-soal pendidikan, ekonomi, masyarakat, politik, persoalan dalam dan luar negeri. Kalaulah semua dapat kita aturkan sebagaimana yang Allah kehendaki maka ia akan jadi ibadah yakni kita akan diberi pahala. Sebaliknya kalau kita cuai mengatur hidup kita tidak mengikut syariat, maka rugilah kita.

Kita hanya dapat pahala dari sembahyang, puasa, zakat, haji, zikir, wirid (fadhailull a'mal) tapi tidak pernah mengutip pahala dari amalan-amalan yang lebih banyak kita buat tiap-tiap hari itu.

Sebenarnya apa saja kerja yang kita lakukan untuk jadi ibadah, ia mesti menempuh lima syarat. Apabila setiap kerja kita, yang kita lakukan menepati kehendak kelima-lima syarat itu, maka ia akan diterima sebagai ibadah, sebagai amal bakti dan sebagai satu pengabdian diri kita kepada Allah swt. Syarat itu ialah:

1. Niat mesti betul
2. Perkara yang dibuat sah / halal ikut syariat
3. Perlaksanaan mesti betul.
4. Natijah mesti betul
5. Tidak meninggalkan perkara yang asas (ibadah asas).

dipetik dan diubahsuai berdasarkan sumber yang boleh dipercayai...jangan risau saya tak bawak ajaran sesat..anda boleh semak dengan Tok-Tok Guru diserata dunia ni.. :-)

Temuduga cara Umar... ..


Zaman sekarang setiap jawatan yang dipohon memerlukan pemohon menjalani ujian temuduga. Ketika itulah mereka menunjukkan segala kemahiran dan kecemerlangan akademik yang tertera di atas ketas-kertas yang dibawa dengan harapan tinggi memperolehi jawatan yang diidamkan. Namun situasi ini bebeza cara permohonan kerja pada zaman Khalifaf Umar bin Al-Khattab.

Khalifah Umar r.a terkenal sbg pemerintah yg tegas dan berhati-hati dalam melantik para pegawainya yg menerajui pemerintahannya. Baginda dk akan sewenang-wenangnya melantik seseorang sekalipun org yg emohon itu dtg dpd ahli keluarganya sendiri. Ini kerana setiap jawatan yang diberi adalah satu amanah yang akan dipetanggungjawabkan di hadapan Allah S.W.T.

Pernah seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar untuk memohon satu jawatan dalam kerajaan. Umar tidak terus menerimanya sebelum negetahui latar belakang hidup lelaki itu.

"Kalau begitu , bawakan seorg yg mengenalimu kemari," titah Umar.

Lelaki itu pun pulang dan membawa kembali seorang rakan yang dianggap mengenali dirinya. Apabila beada di hadapan Khalifah Umar, bermulalah sesi temuduga antara mereka. Anehnya bukan lelaki yang memohon itu yang ditemuduga, sebaliknya rakan yang dibawanya ditanya dengan beberapa soalan.

"Saudara, kenalkah saudara akan lelaki ini?" tanya Umar.

"Sudah tentu saya kenal, wahai Amirul Mukminin," jawab rakan lelaki tadi.

"Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui keadaannya yang sebenar?" tanya Umar lagi.

"Er...tidak."

"Pernahkah kamu menemaninya dalam perjalanan dan melihat sendiri perangai dan akhlaknya?" Khalifah Umar bertanya dengan tegas. Ramai yang tahu ketegasan Khalifah Umar dalam hal-hal yang berkaitan dengan syariat ini.

"Er...tidak penah."

"PENAHKAH KAMU BERURUSAN DLM MASALAH KEWANGAN DGN LELAKI INI, SEHINGGA KAMU AHU BAHWA DIA SGT TAKUT MEMAKAN WANG HARAM?"

"Tidak."

"Adakah kamu haya mengenalinya ketika bersama-sama mengerjakan solat di masjid?"soal Umar lagi.

"Ya Amirul Mukminin."

"Baiklah, kalau begitu pulanglah. Kamu sebenarnya tidak mengenali lelaki ini," jelas Khalifah Umar. Kemudian beliau menyuruh lelaki yg memohon jawatan td supaya membawa orang yang benar-benar mengenalinya.

Terdidik kerana sebiji tembikai ..




Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.

Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut. Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.”Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “ Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mau membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.

Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Oleh itu, kalo aper yang ade depan kita, kita makan jer...jangan kita nak komplen yang macam-macam..nasib baik ade rezeki. Kalau kita tengok orang yang kebuluran, nasi dah jatuh pun die pungut dan makan...takde pun nak komplen ape-ape pun. Sikap kita terutamanya rakyat malaysia yang membazir patut dikikis...

Bulan ramadhan adalah bulan umat islam berpuasa dan mengurangkan makan sebaliknya kita sudah lari daripada tujuan dan khaifiat puasa itu sendiri....macam mana nak dapatkan keberkatan ?

SEKIAN, wallahualam.

Friday, January 23, 2009

Aku pengangur....

Aku pengangur...itu bukan ke lirik lagu Sudirman..memang la aku sekarang ini seorang pengangur....serba serbi tak kena, bukan tak berusaha, dah macam-macam yang aku dah cuba...interview dah berkali-kali, cuma mungkin belum ada rezeki aku lagi. Yang penting, aku tak syak pada rezeki...bahaya kalau kita syirik pada rezeki (syirik yang kecil). Contohnya "kalau aku tak jumpa dia ni mesti aku tak dapat pekerjaan ni.." sebenarnya pekerjaan@rezeki semuanya datang daripada Allah swt bukan daripada mamat tu! Dah mamat tu pulak yang pemberi rezeki@pekerjaan, salah tu...Kita sama-sama bermuhasabah diri ye, terutamanya pada diri saya sendiri.

Angka penambahan penganguran ni semakin bertambah akibat daripada kesan subprima yang terjadi hampir kat seluruh dunia. Kesan yang amat ketara yang dialami kat Malaysia, contohnya statistik yang aku perolehi mengenai Semenanjung Malaysia: Pemberhentian pekerja mengikut kategori pekerjaan, warganegara dan jantina, September 2008 yang melibatkan pekerja tempatan sebanyak 669 orang (388 lelaki, 281 wanita) (sumber:Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia). Jumlah itu melibatkan pekerja yang terdiri daripada pelbagai ketogeri pekerjaan.

The Malaysia unemployment rate is in danger of rising and may hit 4.5% figure next year, according to the Malaysian Institute of Economic Research (MIER). According to MIER’s executive director, Professor Emeritus Dr Mohamed Arif Abdul Kareem, 12,000 people are jobless in the third quarter, and the number is set to increase in the next few coming months.

More companies are expected to slash their expenditure, shrink their company size and as a result, more people will be losing jobs. A small number of companies may also go bust. Research by MIER also indicates that manufacturing sector may become the most highly hit casualty, just like during the late 90s economic downturn. November 2008, the second finance minister Tan Sri Nor Mohamed Yakcob issued a statement that the country’s unemployed rate would not go beyond 4% in 2008 and even in 2009.

Menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) sendiri menganggarkan antara 200,000 hingga 400,000 pekerja diancam kemungkinan diberhentikan tahun ini, manakala kerajaan menganggarkan 4,749 pekerja akan diberhentikan dalam tempoh suku pertama 2009 berbanding 85,000 pekerja sewaktu kemelesetan ekonomi 1998. Sebaliknya andaian ini harus dipandang serius bukan untuk dijadikan bahan politik. Keadaan menjadi lebih buruk, terutama berikutan permintaan pasaran bagi barangan eksport yang terus menguncup, menyebabkan kilang tidak mampu lagi bertahan dan terpaksa memberhentikan pekerja.

Yang paling kelakarnyer boleh lak menteri sumber manusia cakap "ada lebih kurang 14000 pekerja yang diberhentikan pekerjaan tetapi ada kekosongan 15000 lagi yang belum diisi". Kadang-kadang aku terpikir jugak ade ker keje lagi?? sedangkan ekonomi dunia dah gawat...terpulang la...fikir-fikirkan

Menurut Berita Harian, Lebih 1,000 pekerja dijangka diberhentikan kerana Intel Corporation menutup dua kilangnya di Pulau Pinang. Di Melaka pula, sekurang-kurangnya 500 pekerja sektor elektronik dijangka turut mengalami nasib sama menjelang Mac ini. Malah, 45,000 pekerja sektor pembuatan di seluruh negara terpaksa 'diberhentikan' sementara menjelang Tahun Baru Cina, Isnin ini kerana kebanyakan kilang menutup operasi sehingga tiga minggu bagi mengurangkan kos akibat krisis ekonomi global. Kita akan dengar lebih banyak syarikat dan kilang mengurang atau memberhentikan pekerja mereka dalam tahun ini.

Tindakan (usaha) yang proaktif perlu dimainkan oleh pelbagai pihak antaranya pekerja, majikan dan kerajaan. Ujian, rezeki dan musibah yang datang semuanya daripada Allah swt, tentang bagai mana kita hendak menghadapinya perlulah dengan cara berhikmah dan banyak bersabar.

Wednesday, January 21, 2009

Jangan Tagih Janji, Berpegang Pada Diri Sendiri.



Hampir seluruh dunia semalam terpaku di depan peti televisyen menyaksikan Barack Hussein Obama mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44, sekali gus menjadi perhatian dunia.

Harapan tinggi dihimpun ke atas Obama. Bagi rakyat negaranya sendiri, mereka berharap lelaki kulit hitam berusia 47 tahun ini dapat mengembalikan semula nama baik Amerika Syarikat yang dihancurkan ketika pentadbiran George W Bush.

Namun kita janganlah menagih janji, sejak dari penjajahan orang yahudi serta penubuhan negara HARAM Isreal , telah berpuluh-puluh perjanjian gecatan senjata yang telah dibuat akhirnya untuk menyelamatkan dan menguntungkan pihak zionis. Peranan yang dimainkan oleh Presiden Amerika Sayrikat (AS) sama sahaja tidak berubah malah lebih teruk lagi. Janganlah kita terikut-ikut lagi gerak tari orang-orang kafir, apa yang terjadi kepada sebahagian besar negara arab telah terhutang budi dengan Amerika Syarikat membiarkan sahaja serang yang dilakukan.

Sikap sesetengah orang islam perlu berubah untuk mengukuhkan kembali persaudaraan islamiyah kerana itu OIC perlu perlu melalui proses muhasabah. Ibarat kita sudahpun mempunyai SENJATA cuma yang perlu adalah PELURU dan TENAGA bagi membolehkan SENJATA itu berfungsi. Kita perlu berubah dan kembali ke jalan yang diredahi, pulihkan kembali semangat JIHAD dan tanamkan dalam diri setiap muslim.

Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam

Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya .

Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud:

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".

Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka.

Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba.

Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .


Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam

Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah.

Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya.

Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan.

Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh .

Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain.

Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.

Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja. Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:

  1. Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.
  2. Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.
  3. Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.
  4. Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.
  5. Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.
  6. Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.
  7. Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.
  8. Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.
  9. Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.
  10. Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.

Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.

Akal Senipis Rambut....


Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki itu sendiri,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dari Ilahi
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkan ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan dan didiklah mereka
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah.