Hadith Rasulullah S.A.W. diriwayat dari Abu Daud:
Seseorang di akhirat nanti pasti akan ditanya tentang empat perkara: Usianya untuk apa dihabiskan; jasmaninya untuk apa dipergunakan; HARTAnya dari mana didapati dan untuk apa dipergunakan; dan umurnya untuk apa digunakan. (H.Riwayat Al-Darimi)
Mengapa kita memerlukan pelan kewangan? Jika mahu kejayaan dalam apa jua usaha. Bijak pandai selalu berkata, kita tidak merancang untuk gagal, tetapi ramai yang gagal untuk merancang. Setiap insan mengimpikan Kehidupan yang baik (hayatan thoiyyibah) di dunia dan akhirat.
Secara umum, kita tidak mempunyai sumber pendapatan dan terlalu dinamik sekarang dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, lebih ketara lagi apabila berada dalam tempoh persaraan. Kita cenderung untuk menghabiskan tempoh lazim persaraan dalam keadaan yang tenang dan santai. Sedangkan, kos sara hidup tidak pernah bersara malah semakin hari semakin meningkat terutamanya perbelanjaan perubatan. Dalam masa yang sama, kita masih leka tentang kepentingan pelaburan.
Kalau dulu kita berada dalam suasana kampung, hidup di dalam satu institusi keluarga yang kukuh. Setelah bersara atau tidak bekerja, ibubapa yang tiada pendapatan tinggal bersama anak-anak mereka atau dalam kelompok kejiranan berdekatan serta saling bantu membantu. Inilah pegangan masyarakat kita dahulu yang memegang nilai sebagai landasan hidup. Dengan pendapatan yang kecil, mereka berjaya membesarkan anak-anak dengan kecukupan pendidikan, akhlak, keperluan asas dan sebagainya.
Berbeza dengan situasi sekarang ini, Kemudahan pinjaman, keperluan seharian dan pengaruh persekitaran telah menjadikan kita keliru dan terkadang gagal menjustifikasikan tindakan. Persediaan yang sepatutnya perlu dibuat bermula dari sekarang iaitu membuang sifat negatif terhadap kebendaan dan membina nilai diri dan keluarga dengan keperluan dan kelengkapan sara hidup yang bukan sahaja dari aspek kewangan malah ilmu pengetahuan serta pengisian menyeluruh rohani, mental dan fizikal.
Sunday, August 30, 2009
Thursday, August 27, 2009
Alat Pengesan Genetik Khinzir dalam Makanan
Senario…
Makanan yang baik akan memastikan pertumbuhan tubuh badan yang baik seterusnya memastikan kesihatan yang baik. Aspek pemakanan dan kesihatan amat berkait rapat di mana pemakanan setiap individu akan mempengaruhi kesihatannya.
Hikmah Pengharaman
Setiap tubuh badan kita terbina berdasarkan komposisi 61% air, 17% protein, 12% lemak, 4.7% garam galian dan kurang 1% karbohidrat . Berdasarkan komposisi ini, daging yang merupakan salah satu sumber protein diperlukan dalam pembinaan tubuh badan manusia. Daging juga menyumbangkan zat besi, tiaman, riboflavin, niasin, vitamin B dan B12, fosforus, zink dan unsur-unsur surih yang lain . Daging juga dikenali sebagai makanan membina tubuh.
Walaubagaimanapun, menurut Islam tidak semua daging boleh dimakan dan dijadikan salah satu hidangan dalam pemakanan kita sehari-harian. Apakah jenis-jenis daging haiwan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan? Mengapakah pula Islam mengharamkan pemakanannya?
Mengapakah Islam melarang beberapa jenis haiwan ini daripada dimakan. Sesungguhnya Islam tidak akan melarang sesuatu yang baik tetapi pastinya mempunyai sebab yang tertentu. Sebab pengharaman memakan haiwan-haiwan tersebut dapat diteliti daripada beberapa aspek:
1) Aspek Sains
Kesan memakan haiwan kornivor akan mempengaruhi sifat-sifat seseorang individu. Menurut Fangary A.S, manusia yang memakan daging binatang buas mewarisi sikap kasar, kurang adab, sanggup membunuh tanpa sebab dan sanggup memakan daging manusia lain. Selain daripada itu, daging binatang yang memakan binatang lain terdapat padanya unit yang membina lemak (trigliserid) yang tidak bolah dihadamkan oleh enzim penghadaman lemak manusia. Maka, lemak tersebut terus diserap dan wujud dalam badan manusia sebagai lemak binatang.
Sebaliknya dengan daging yang memakan tumbuh-tumbuhan akan menghasilkan daging yang baik dan bermanfaat kepada manusia. Lemak daripada daging haiwan-haiwan tersebut mampu dihadam dan diserap dalam tubuh badan manusia sebagai lemak manusia .
2) Aspek Penyembelihan
Haiwan-haiwan buas dan burung yang berkuku pencakar juga tidak memungkinkan penyembelihan disebabkan sifatnya yang buas dan mampu mencederakan manusia. Islam mewajibkan penyembelihan kerana padanya terdapat beberapa kebaikan antaranya ialah penguraian glikogen kepada glukosa ketika ia disembelih.
Glikogen ialah hasil daripada penyimpanan karbohidrat di dalam tubuh binatang pada bahagian hati dan otot. Glikogen yang terurai dengan serta-merta kepada glukosa ketika disembelih berfungsi sebagai tenaga untuk mengendurkan semula otot-otot yang tegang. Glikogen memainkan peranan dalam menentukan tekstur daging dan kualiti penyimpanan selepas penyembelihan .
Selain itu, penyembelihan akan menyebabkan pengaliran darah keluar seterusnya mengelakkan pertumbuhan mikroorganisma. Penyembelihan dilakukan dengan memotong saluran pernafasan, esophagus, saluran yang membawa darah dari jantung dan saluran yang membawa darah dari tubuh ke jantung. Pemotongan tulang leher perlu dielakkan ketika penyembelihan kerana tulang leher akan membolehkan haiwan menggelepar dengan semaksimum mungkin dan membantu pengaliran darah keluar .
3) Aspek Pemeliharaan Maqasid Syar’iyyah.
Pengharaman sesuatu perkara dalam Islam berkaitan dengan bahaya dan keburukan. Sesungguhnya tiada pengharaman yang ditetapkan tanpa sebab-sebab yang kukuh. Maka, yang jelas manfaatnya dihukum halal dan yang jelas keburukannya dihukum haram di sisi syari’at Islam.
Sebagai contoh pengharaman arak yang diterangkan dalam surah al-Baqarah ayat 219: Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…..
Pengharaman menurut syari’at Islam berkait rapat dengan menjaga kepentingan dan kemaslahatan individu dan masyarakat. Antaranya adalah bagi memelihara agama, jiwa/nyawa, akal, keturunan dan harta.
sumber: http://drishak69.blogspot.com/2008/09/jenis-jenis-haiwan-yang-haram-dimakan.html
Friday, August 21, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)