Sunday, July 12, 2009

Perbanyakkan Selawat

Perkataan selawat (bahasa Arab) diambil dari perkataan solat (bahasa Arab), doa, pujian]. Ibnu Kasir berkata dalam tafsirnya: Telah berkata Al-Bukhariy: Telah berkata Abu `Aliyah: Salawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para malaikat. Dan salawat malaikat ialah doa. Dan salawat orang mu'min ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]

Kita sangat digalakkan berselawat kepada Nabi kita s.a.w. Malah ia begitu penting sehingga doa kita tidak diterima oleh Allah jika kita tidak berselawat. Perkara ini merupakan satu hakikat kerana ia disampaikan sendiri oleh Nabi Muhammad :
Rujukan :

* Riwayat Ad-Dailami

"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi s.a.w. "

Ini ialah kerana kebanyakan kita melakukan banyak dosa dan kemungkaran setiap hari. Lebih-lebih lagi kita yang hidup jauh daripada zaman Nabi s.a.w. Begitu lemahnya iman dan amalan Islam kita sehingga iman kita diibaratkan senipis kulit bawang dan iman kita pula diibaratkan seperti iman orang yang munafik. Memang sepatutnya sekiranya Allah tidak terima permintaan daripada orang-orang yang banyak melakukan dosa seperti kita.

Tetapi, Allah itu bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia kasihankan kita, maka Dia bagi jalan keluar.

Dia suruh kita berselawat kepada Nabi s.a.w. dahulu. Apabila kita berselawat, barulah doa kita akan didengar-Nya. Barulah ada peluang untuk ia dikabulkan pula. Kalau awal-awal lagi sudah ditolak, sudah tentu tidak ada peluang untuk diterima sama sekali.

Berselawat kepada Nabi ibarat kita dapat "recommendation" daripada baginda. Tamsilannya begini. Katakanlah kita hendak memohon sesuatu pekerjaan di sebuah syarikat. Kita tahu ramai orang lain yang bersaing dengan kita untuk mendapatkan kerja tersebut. Tetapi apabila kita jumpa pengurus dan cakap pada dia, "Saya kenal baik Encik Rustam, pembantu kanan tuan." Pada masa yang sama pula, Encik Rustam tu "recommend" kita untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Maka, menjadi mudahlah untuk kita diterima untuk menjawat jawatan tersebut.

Begitulah tamsilan kita berselawat kepada Nabi s.a.w. Bila kita berselawat, nabi pun akan menjawab selawat kita. Selawat baginda kepada kita itulah doa untuk kita. Dan doa para nabi itu sangatlah makbul, lebih-lebih lagi Nabi Muhammad s.a.w. yang mendapat gelaran kekasih Allah. Ini yang dikatakan "recommendation" tadi.

Selain selawat ini penting untuk menyampaikan doa kita kepada Allah s.w.t, ia juga penting untuk pelbagai hal yang lain.

Saturday, July 11, 2009

Temuduga cara Umar.....

Walaupun sudah lama meninggalkan zaman yang sibuk dengan interbiu namun keadaan ini sedikit memberi pengalaman pahit dan manis untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan. Kita akan ditemuduga sehinggalah kita selesai masuk ke syurga ataupun ke neraka. Temuduga kita tak pernah selesai dan kita sedang diperhatikan oleh Allah swt sehingga kita direhatkan di alam barzakh sehingga dihitung amalan kita satu persatu dengan seadil-adilnya sehinggakan mulut kita menafikan maka peguam-peguan Allah iaitu Peguan Tangan, Kaki,Mata,Telinga dan sebagainya akan menjadi saksi terhadap pembohongan mulut sehingga dijahit. Ternyata pada hari ini pangkat dan harta menjadi rebutan sehinggakan kita lupa bahawa amanah yang kita pikul amat besar sehinggakan manusia akhir zaman sanggup berbuat apa sahaja demi memuskan matlamat hidup yang dihajatinya. Berikut kisah yang dipetik bagaimana proses temuduga yang dijalankan oleh salah seorang sahabat Nabi iaitu Khalifah Umar.

Zaman sekarang setiap jawatan yang dipohon memerlukan pemohon menjalani ujian temuduga. Ketika itulah mereka menunjukkan segala kemahiran dan kecemerlangan akademik yang tertera di atas ketas-kertas yang dibawa dengan harapan tinggi memperolehi jawatan yang diidamkan. Namun situasi ini bebeza cara permohonan kerja pada zaman Khalifaf Umar bin Al-Khattab.Khalifah Umar r.a terkenal sbg pemerintah yang tegas dan berhati-hati dalam melantik para pegawainya yang menerajui pemerintahannya. Baginda tidak akan sewenang-wenangnya melantik seseorang sekalipun orang yang memohon itu datang daripada ahli keluarganya sendiri. Ini kerana setiap jawatan yg dibei adalah satu amanah yg akan dipetanggungjawabkan di hadapan Allah S.W.T.

Pernah seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar untuk memohon satu jawatan dalam kerajaan. Umar tidak terus menerimanya sebelum mengetahui latar belakang hidup lelaki itu.

"Kalau begitu , bawakan seorang yang mengenalimu kemari," titah Umar.

Lelaki itu pun pulang dan membawa kembali seorang rakan yang dianggap mengenali dirinya. Apabila berada di hadapan Khalifah Umar, bermulalah sesi temuduga antara mereka. Anehnya bukan lelaki yang memohon itu yang ditemuduga, sebaliknya rakan yg dibawanya itu ditanya dengan beberapa soalan.

"Saudara, kenalkah saudara akan lelaki ini?" Tanya Umar.

"Sudah tentu saya kenal, wahai Amirul Mukminin," jawab rakan lelaki tadi.

"Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui keadaannya yang sebenar?" tanya Umar lagi.

"Er...tidak."

"Pernahkah kamu menemaninya dalam perjalanan dan melihat sediri perangai dan akhlaknya?" Khalifah Umar bertanya dgn tegas. Ramai yang tahu ketegasan Khalifah Umar dalam hal-hal yang berkaitan dengan syariat ini.

"Er...tidak penah."

"PENAHKAH KAMU BERURUSAN DALAM MASALAH KEWANGAN DGN LELAKI INI, SEHINGGA KAMU TAHU BAHAWA DIA SANGAT TAKUT MEMAKAN WANG HARAM?"

"Tidak."

"Adakah kamu haya mengenalinya ketika bersama-sama mengerjakan solat di masjid?" soal Umar lagi.

"Ya Amirul Mukminin."

"Baiklah, kalau begitu pulanglah. Kamu sebenarnya tak mengenali lelaki ini," jelas Khalifah Umar. Kemudian beliau menyuruh lelaki yang memohon jawatan tadi supaya membawa orang yang benar-benar mengenali dirinya.

Tuesday, July 7, 2009

Kearah Majlis Perkahwinan Yang Berkat

Insyaa-Allah syarat utama sebuah kenduri perkahwinan yang diberkati Tuhan yang mencipta sekelian alam adalah yang tidak mengandungi pembaziran. Artikel ini diperolehi dan digunakan untuk tatapan umum bagi tujuan kesedaran


* Ini bermakna pakaian yang dibuat ataupun ditempah adalah pakaian yang boleh dipakai semula selepas kenduri perkahwinan berakhir. Sama ada untuk ke pejabat ataupun bersiar-siar.

* Kad perkahwinan yang ditempah mesti mestilah sekadar memenuhi tujuannya, kerana kad itu hanya laku pada tarikh perkahwinan itu sahaja. Kad itu dibuang ke dalam tong sampah selepas tarikh itu, kerana sudah tidak berguna. Hanya maklumat seperti nama, alamat dan tarikh yang diperlukan di dalam kad tersebut. Kad yang berharga beberapa puluh sen sekeping sudah mencukupi.

* Tiada ‘buah tangan’ yang diberikan kepada tetamu yang tidak boleh diguna pakai, kerana ianya hanya satu pembaziran. Contohnya, pot pouri, tuala sebesar tangan sekadar hiasan, cawan hiasan, sudu hiasan. Hanya pemilik kedai aksesori perkahwinan yang membuat keuntungan di atas pembaziran tersebut.

* Tiada hiasan yang berlebihan ketika kenduri kahwin, sekadar membersihkan dalaman dan luar rumah. Jika ada bajet lebih, cukup sekadar mengecat rumah. Masih ramai orang yang tidak bernasib baik sedang menantikan bantuan kita bagi mengharungi hidup sebagai warga tua, anak yatim, ibu tunggal dan sebagainya.

* Dulang hantaran dihadkan kepada maksimun 5 sahaja. Itupun sudah banyak.

* Jika dihadiahkan dengan sebentuk cincin emas kuning (yang harganya lebih stabil berbanding emas putih) sudah memadai, tidak perlu lagi hantaran lain yang hanya dilihat untuk ‘menunjuk-nunjuk’ dan banyak yang menimbulkan riak.

* Duit Hantaran ditukar kepada Mas Kahwin dan jumlah RM3,000 sudah lebih dari mencukupi. Jika ingin diberikan lebih, lebih baik gunakan duit mas kahwin itu bagi membayar down payment bagi sebuah apartmen ataupun rumah. Perjanjian pembelian rumah didaftarkan di atas nama pengantin perempuan sahaja. Letakkan perjanjian jual beli rumah itu di atas dulang sebagai ‘Mas Kahwin’ bersama RM1,00O yang sebaiknya dibank in ke dalam akaun pengantin perempuan selepas akad nikah.

* Elakkan membeli rantai, gelang bagi dihadiahkan kepada pengantin perempuan jika perbelanjaan itu memerlukan kita menanguhkan majlish pernikahan ataupun menyebabkan kita perlu berhutang.

* Buat keputusan untuk menikahi calon pengantin setelah mendapat petunjuk dari ‘Sembahyang Isthikarah’

* Tukarkan tajuk majlis perkahwinan kepada Kenduri Kesyukuran bagi meraihkan kedatangan ‘menantu’ dan bagi memaklumkan kepada orang ramai bahawa anak kita sudah bernikah dengan sah. Di mana tetamu di jemput untuk makan ‘FREE’ tanpa perlu membayar ‘cukai’.

* Tiada lagi muzik-muzik latar yang membuatkan gegendang telinga tetamu hampir pecah. Jika perlukan alunan muzik, dapatkan kaset yang hanya ada latar belakang muzik semata-mata, sekadar mencipta suatu suasana yang tenang dan ceria. Duit habis dibayar, tetapi tetamu asyik mengadu susah untuk berbicara dengan tetamu lain di majlis itu, kerana terlalu bising dengan muzik.

* Tempat persandingan… Jika merasakan tidak perlu lagi duit untuk dibelanjakan bagi membantu orang yang miskin, anak yatim, warga tua yang hilang tempat bergantung dan yang memerlukan duit untuk sesuap nasi.
* Tiada lagi kos mengupah mak andam ‘profesional’ yang menukarkan wajah seorang wanita normal kepada wajah pelakon opera cina. Sehingga hilang wajah asal pasangan berkahwin itu. Cukup sekadar kos mengadam yang asas.

Majlis kenduri perkahwinan yang diadakan seperti di atas, insyaa-Allah bebas dari sifat ‘Menunjuk-nunjuk ataupun riak’. Bukan sahaja tetamu yang akan gembira, pasangan pengantin, ibubapa, dan orang ramai juga gembira kerana tiada bebanan kerja yang melampau dan kos juga rendah tidak perlu berhutang.

Jika kita benar-benar ada duit ekstra, lebih baik kita gunakan bagi memberikan RM 10 ataupun RM50 bagi setiap orang yang menghadiri kenduri perkahwinan, itu sudah pasti akan dihargai oleh setiap tetamu sehingga ke akhir hayat mereka.

Maklumat di atas adalah hasil dari kajian peribadi dan pandangan yang telah diberikan kepada saya selama ini.

Sedih apabila melihat kenduri perkahwinan yang tidak berpijak di atas bumi Allah


http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=179059

Sunday, July 5, 2009

Pautan

Halaman ini akan memaparkan pautan ke laman-laman yang memberi sumber maklumat. Sila buat pilihan dari senarai di bawah.

  • Tafsir Al-Jalalain (Arab & English)

    • Tafsir al-Jalalayn is one of the most significant tafsirs for the study of the Qur’an. Composed by the two “Jalals” — Jalal al-Din al-Mahalli (d. 864 ah / 1459 ce) and his pupil Jalal al-Din al-Suyuti (d. 911 ah / 1505 ce), Tafsir al-Jalalayn is generally regarded as one of the most easily accessible works of Qur’anic exegesis because of its simple style and one volume length. For the first time ever Tafsir al-Jalalayn is competently translated into an unabridged highly accurate and readable annotated English translation by Dr. Feras Hamza.