Monday, May 18, 2009

Hari Guru

Selamat Hari Guru diucapkan kepada para guru Malaysia yang telah melaksanakan tanggungjawab dalam mendidik generasi ummah. Sambutan Hari Guru pada setipa 15 Mei bagi mengenang jasa guru dalam mendidik anak bangsa.

Tema Hari Guru ke-38 "Guru Pembina Negara Bangsa" menyerlahkan agenda membina tamadun negara melalui proses pendidikan (tarbiyah) yang menjadi nadi profesyen perguruan.

Cabaran guru masa kini berhadapan dengan masalah kebejatan sosial masyarakat yang bermula daripada institusi keluarga yang mengalami kerosakan yang sukar dibendung lagi.

Ini mengakibatkan guru-guru terpaksa terlebih dahulu menangani 'masalah sikap' para pelajar sebelum meneruskan proses penyampaian ilmu dengan pelbagai medium dan kaedah bersesuaian.

Sekali lagi ucapan penghargaan kepada para guru Malaysia di atas segala komitmen membentuk jatidiri masyarakat Malaysia.

Anjakan paradigma terhadap peranan mendidik masyarakat perlu dijadikan satu agenda pelaksanaan yang menyeluruh kepada semua warga Malaysia, agar agenda 'mendidik anak bangsa' tidak hanya diletakkan di bahu para guru semata-mata.

No comments:

Post a Comment