Saturday, May 23, 2009

Madah Orang Makasar

Monday, May 18, 2009

Hari Guru

Selamat Hari Guru diucapkan kepada para guru Malaysia yang telah melaksanakan tanggungjawab dalam mendidik generasi ummah. Sambutan Hari Guru pada setipa 15 Mei bagi mengenang jasa guru dalam mendidik anak bangsa.

Tema Hari Guru ke-38 "Guru Pembina Negara Bangsa" menyerlahkan agenda membina tamadun negara melalui proses pendidikan (tarbiyah) yang menjadi nadi profesyen perguruan.

Cabaran guru masa kini berhadapan dengan masalah kebejatan sosial masyarakat yang bermula daripada institusi keluarga yang mengalami kerosakan yang sukar dibendung lagi.

Ini mengakibatkan guru-guru terpaksa terlebih dahulu menangani 'masalah sikap' para pelajar sebelum meneruskan proses penyampaian ilmu dengan pelbagai medium dan kaedah bersesuaian.

Sekali lagi ucapan penghargaan kepada para guru Malaysia di atas segala komitmen membentuk jatidiri masyarakat Malaysia.

Anjakan paradigma terhadap peranan mendidik masyarakat perlu dijadikan satu agenda pelaksanaan yang menyeluruh kepada semua warga Malaysia, agar agenda 'mendidik anak bangsa' tidak hanya diletakkan di bahu para guru semata-mata.

MOTI 09


Alhamdullilah....setelah selesai bersama Saf Pimpinan Rakan Masjid, penduduk Kampung Bacang, Melaka, Ibubapa, Barisan Pegawai Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai serta adik-adik fasilitator Kampung Bacang, Melaka yang turut terlibat menjayakan program Kem Ibadat bersama anak-anak Surau Kampung Bachang, Melaka pada 13 hingga 15 Jamadilawwal 1430 Hijrah bersamaan 8 hingga 10 Mei 2009.

Program tersebut berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah. Akhir, diucapkan terima kasih dan tahniah dalam menjayakan Kem Ibadah bersama Anak-anak Surau
Kampung Bacang, Melaka (MOTI 09) diharap program seumpama ini akan dijalankan pada masa mendatang.