Ulasan Buku
Saya masih tercari-cari panduan sebelum bergelar
"ayah" tidak berapa lama lagi hanya menunggu due kelahiran
orang baru dalam hidup kami. Pendidikan pada hari ini tidak sama seperti
pendidikan zaman dahulu dimana pendidikan juga mengalami proses perubahan dan
evolusi daripada keadah dan sistem yang digunakan.
Buku ini berjudul Pendidikan Anak dalam
Islam
terjemahan dari Kitab Tarbiyatul Aulad fil Islam karangan Abdullah Nasih Ulwan, Jilid I
dan II. Dr. Abdullah Nasih Ulwan
dilahirkan pada tahun 1928 Masihi di Daerah Qadhi Askar yang terletak di Bandar
Halb, Syria. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang berpegang teguh pada
agama dan mementingkan akhlak Islam dalam pergaulan dan muamalat sesama
manusia. Ayahnya, Syeikh Said Ulwan adalah seorang yang dikenali di kalangan
masyarakat sebagai seorang ulama dan tabib yang disegani. Selain dari
menyampaikan risalah Islam di seluruh pelusuk Madinah Halb, beliau juga menjadi
tumpuan untuk mengubat pelbagai penyakit dengan ramuan akar kayu yang dibuat
sendiri. Ketika merawat pesakit, lidahnya sentiasa membaca al Quran dan
menyebut nama Allah. Syeikh Said Ulwan sentiasa mendoakan semoga anak-anaknya
lahir sebagai seorang ulama ‘murabbi’ yang dapat memandu masyarakat. Allah
memperkenankan doa beliau dengan lahirnya Dr. Abdullah Nasih Ulwan sebagai
ulama (‘murabbi’) pendidik rohani dan jasmani yang disegani di abad ini.
Dr. Abdullah Nasih Ulwan meninggal dunia pada hari Sabtu
jam 9.30 pagi 5hb Muharram 1408 Hijrah bersamaan 29hb Ogos 1987 Masihi di
Hospital Universiti Malik Abdul Aziz Jeddah, Saudi dalam usia 59 tahun. Jenazahnya
di bawa ke Masjidil Haram untuk disembahyang dan dikebumikan di Makkah. Solat
jenazahnya dihadiri oleh ulama-ulama di seluruh pelusuk dunia. Pemergiannya
diiringi oleh umat Islam seluruh dunia. Dunia kehilangan ulama murabbi yang
benar-benar ikhlas dalam perjuangan menegakkan Islam. Beliau telah menyerahkan
jiwa raga untuk Islam dengan pengorbanan dan jihad yang sangat besar.
Dalam hal ini sebagai ibubapa memainkan
peranan dalam membimbingnya kerana mereka yang mnegetahui tahap perkembangan
anak-anak bersesuaian dengan ajaran islam.Terdapat lima bab iaitu
Pendahuluan, Pandangan umum tentang anak sholeh, Hakikat pendidikan Islam,
Pendidikan anak sholeh perspektif Abdullah Nasih Ulawan dan Penutup. Antara
perbincangan yang menarik "Bagaimana pengertian dan ciri-ciri pendidikan
anak soleh, kurikulum pendidikan anak soleh, dan keadah pendidikan anak soleh
menurut perspektif Abdullah Nashih Ulwan?"
Setiap ibu bapa mahukan pendidikan yang
terbaik untuk anak-anak kita. Buku ini sesuai dipraktikkan khususnya mereka
yang akan bergelar sebagai ibubapa sebagai persediaan ilmu mendidik anak-anak.
Saya mencadangkan setiap ibubapa memiliki senaskah buku ini sebagai panduan
untuk diri sendiri mahupun ibubapa.
Saya masih tercari-cari panduan sebelum bergelar "ayah" tidak berapa lama lagi hanya menunggu due kelahiran orang baru dalam hidup kami. Pendidikan pada hari ini tidak sama seperti pendidikan zaman dahulu dimana pendidikan juga mengalami proses perubahan dan evolusi daripada keadah dan sistem yang digunakan.
Buku ini berjudul Pendidikan Anak dalam Islam terjemahan dari Kitab Tarbiyatul Aulad fil Islam karangan Abdullah Nasih Ulwan, Jilid I dan II. Dr. Abdullah Nasih Ulwan dilahirkan pada tahun 1928 Masihi di Daerah Qadhi Askar yang terletak di Bandar Halb, Syria. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang berpegang teguh pada agama dan mementingkan akhlak Islam dalam pergaulan dan muamalat sesama manusia. Ayahnya, Syeikh Said Ulwan adalah seorang yang dikenali di kalangan masyarakat sebagai seorang ulama dan tabib yang disegani. Selain dari menyampaikan risalah Islam di seluruh pelusuk Madinah Halb, beliau juga menjadi tumpuan untuk mengubat pelbagai penyakit dengan ramuan akar kayu yang dibuat sendiri. Ketika merawat pesakit, lidahnya sentiasa membaca al Quran dan menyebut nama Allah. Syeikh Said Ulwan sentiasa mendoakan semoga anak-anaknya lahir sebagai seorang ulama ‘murabbi’ yang dapat memandu masyarakat. Allah memperkenankan doa beliau dengan lahirnya Dr. Abdullah Nasih Ulwan sebagai ulama (‘murabbi’) pendidik rohani dan jasmani yang disegani di abad ini.
Dalam hal ini sebagai ibubapa memainkan peranan dalam membimbingnya kerana mereka yang mnegetahui tahap perkembangan anak-anak bersesuaian dengan ajaran islam.Terdapat lima bab iaitu Pendahuluan, Pandangan umum tentang anak sholeh, Hakikat pendidikan Islam, Pendidikan anak sholeh perspektif Abdullah Nasih Ulawan dan Penutup. Antara perbincangan yang menarik "Bagaimana pengertian dan ciri-ciri pendidikan anak soleh, kurikulum pendidikan anak soleh, dan keadah pendidikan anak soleh menurut perspektif Abdullah Nashih Ulwan?"