Thursday, July 11, 2013

Ulasan Buku


Saya masih tercari-cari panduan sebelum bergelar "ayah" tidak berapa lama lagi hanya menunggu due kelahiran orang baru dalam hidup kami. Pendidikan pada hari ini tidak sama seperti pendidikan zaman dahulu dimana pendidikan juga mengalami proses perubahan dan evolusi daripada keadah dan sistem yang digunakan.




Buku ini berjudul Pendidikan Anak dalam Islam terjemahan dari Kitab Tarbiyatul Aulad fil Islam karangan Abdullah Nasih Ulwan, Jilid I dan II. Dr. Abdullah Nasih Ulwan dilahirkan pada tahun 1928 Masihi di Daerah Qadhi Askar yang terletak di Bandar Halb, Syria. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang berpegang teguh pada agama dan mementingkan akhlak Islam dalam pergaulan dan muamalat sesama manusia. Ayahnya, Syeikh Said Ulwan adalah seorang yang dikenali di kalangan masyarakat sebagai seorang ulama dan tabib yang disegani. Selain dari menyampaikan risalah Islam di seluruh pelusuk Madinah Halb, beliau juga menjadi tumpuan untuk mengubat pelbagai penyakit dengan ramuan akar kayu yang dibuat sendiri. Ketika merawat pesakit, lidahnya sentiasa membaca al Quran dan menyebut nama Allah. Syeikh Said Ulwan sentiasa mendoakan semoga anak-anaknya lahir sebagai seorang ulama ‘murabbi’ yang dapat memandu masyarakat. Allah memperkenankan doa beliau dengan lahirnya Dr. Abdullah Nasih Ulwan sebagai ulama (‘murabbi’) pendidik rohani dan jasmani yang disegani di abad ini.

Dr. Abdullah Nasih Ulwan meninggal dunia pada hari Sabtu jam 9.30 pagi 5hb Muharram 1408 Hijrah bersamaan 29hb Ogos 1987 Masihi di Hospital Universiti Malik Abdul Aziz Jeddah, Saudi dalam usia 59 tahun. Jenazahnya di bawa ke Masjidil Haram untuk disembahyang dan dikebumikan di Makkah. Solat jenazahnya dihadiri oleh ulama-ulama di seluruh pelusuk dunia. Pemergiannya diiringi oleh umat Islam seluruh dunia. Dunia kehilangan ulama murabbi yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan menegakkan Islam. Beliau telah menyerahkan jiwa raga untuk Islam dengan pengorbanan dan jihad yang sangat besar.

Dalam hal ini sebagai ibubapa memainkan peranan dalam membimbingnya kerana mereka yang mnegetahui tahap perkembangan anak-anak bersesuaian dengan ajaran islam.Terdapat  lima bab iaitu Pendahuluan, Pandangan umum tentang anak sholeh, Hakikat pendidikan Islam, Pendidikan anak sholeh perspektif Abdullah Nasih Ulawan dan Penutup. Antara perbincangan yang menarik "Bagaimana pengertian dan ciri-ciri pendidikan anak soleh, kurikulum pendidikan anak soleh, dan keadah pendidikan anak soleh menurut perspektif Abdullah Nashih Ulwan?"

Setiap ibu bapa mahukan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Buku ini sesuai dipraktikkan khususnya mereka yang akan bergelar sebagai ibubapa sebagai persediaan ilmu mendidik anak-anak. Saya mencadangkan setiap ibubapa memiliki senaskah buku ini sebagai panduan untuk diri sendiri mahupun ibubapa.