surah al-’alaq: 1-5
Perintah untuk membaca adalah perkara yang pertama sekali yang diturunkan oleh Allah dalam episod penurunan wahyu. Pada ketika itu Nabi Muhammad s.a.w. menggeletar kerana perkara yang sangat luar biasa berlaku kepada baginda. Malaikat Jibril memaksa baginda untuk membaca namun Nabi Muhammad s.a.w. lantas respon bahawa dia tidak tahu membaca.
Membaca tidak semestinya perlukan kepada memahami teks, tetapi membaca juga adalah boleh dikategorikan dengan memahami apa yang berlaku. Contohnya, ketika menjawab soalan peperiksaan, kita perlu “membaca” apa sebenarnya soalan tu sebenarnya mahukan ataupun ketika bermain catur mahupun bersukan, kita perlu “membaca” pergerakan pihak lawan untuk mengatasinya dalam permainan. Kemahiran membaca seperti ini sangatlah di tuntut dalam Islam dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan alam sekeliling.
Allah s.w.t sering mengingatkan kepada umat manusia untuk menggunakan kelebihan akal yang dianugerahkan untuk mencapai tujuan diciptakan akal terbut yakni untuk membaca alam sekeliling bagaimana proses malam dan siang, kitaran hujan, ineraksi antara manusia dan sebagainya sehingga akhirnya yakin bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Contoh ayat yang Allah turunkan adalah seperti yang ada dalam surah fussilat ayat 53 ini:
surah Fussilat: 53
Jika diteliti ayat di bawah, Allah menyuruh kita melihat kepada ufuk dan juga kepada diri kita manusia dengan sungguh-sungguh sehingga kita nampak dan jelas dengan proses yang berlaku. Hal yang demikian adalah kerana pada penciptaan Allah itu sudah ada kehebatan dan keajaiban, mukjizat yang tersembunyi dan tak disedari. Selama ini kita tidak ambil endah sahaja dengan apa yang kita nampak setiap hari seperti saat pertukaran siang dan malam serta juga sistem pada badan kita dan pelbagai lagi perkara menakjubkan yang sebelum ini tidak kita begitu tahu. Namun apabila kita telah mengetahui secebis sahaja daripada pengetahuan Allah dan rujuk kembali kepada ayat al-quran seperti yang tertera di atas, tahulah kita bahawa Allah itu maha berkuasa atas segalanya, setiap satu yang wujud, setiap planet, setiap manusia, setiap atom, setiap electron, setiap spark segalanya dibawah peraturan yang Allah tetapkan.
Kesimpulannya, ada dua jenis perkara yang kita boleh baca iaitu kauniyyah (penciptaan/makhluk) dan qauliyah (kata-kata/teks). Perkara yang diktekankan oleh penulis dalam blog ini adalah mambaca daripada kauniyah (penciptaan/makhluk) kerana sering dilupakan. penulis juga mengambil kesempatan ini untuk menggalakkan pembaca membaca buku di dalam blog ini. Sesungguhnya membaca buku itu boleh memanjangkan umur. Kenapa? Kerana membaca buku sejarah contohnya mengkaji zaman lampau menjadikan kita seolah-olah hidup pada zaman itu. Kita sekurang-kurangnya dapat memahami apa yang dialami orang yang terdahulu. Hebat sungguh manfaat membaca ini.
Kata-kata peribahasa inggeris “leaders are readers” juga cukup untuk menunjukkan orang yang paling baik antara kita yang layak menjadi pemimpin adalah orang yang banyak membaca sekaligus mempunyai ilmu melebihi purata manusia. Membaca bukan sahaja menaikkan martabat kita di kaca mata manusia semata, tetapi Allah juga menaikkan martabat orang yang membaca ataupun menuntut ilmu. Akhir kata, ayuh membaca! Membaca itu adalah budaya muslim.