Saturday, February 28, 2009

Pada Siapa Patut Letak Cinta? Siri 5

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu…

Saturday, February 21, 2009

Martabat Tulisan Jawi

Berikut adalah sedutan daripada buku Perlembagaan Persekutuan (Undang-undang Malaysia) (Hingga 15hb Januari 2003) ILBS. Usaha memartabatkan tulisan jawi tak perlu dikesampingkan oleh mana-mana pihak, dewasa ini heboh mengatakan perlu memartabatkan bahasa melayu termasuklah tulisan jawi. Tulisan ini harus dipupuk dan disemai setiap lapisan masyrakat kerana kebanyakkan pengajian dalam ilmu agama banyak mengunakkan tulisan jawi...

Dengan cabaran masa kini, anak-anak kurang terdedah kepada ilmu agama yang dapat menjadi benteng diri daripada tercebur dengan pekara-pekara yang negatif. Malah ada diantara ibu bapa pun turut tidak tahu membaca tulisan jawi lagi...Bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu sejak berkurun lamanya sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, sebaliknya pada zaman itu Eropah melalui Zaman Gelapnya (Dark Ages)...Tanpa sebarang ilmu apatah lagi hendak mengangkat menjadi bahasa ilmu?



BAHAGIAN 12


AM DAN PELBAGAI

152. Bahasa Kebangsaan

(1) Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa-

(a) tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada mengunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain; dan

(b) tiada apa-apa jua dalam fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan pengunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.


Dalam "Fasal 152. Bahasa Kebangsaan (1) Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan". Jelas menerangkan "Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu" dan Bahasa ini "hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan" maksudnya "dalam apa-apa tulisan termasuklah tulisan jawi dan rumi. Ini kerana dalam Bahasa Melayu hanya terdapat dua jenis tulisan yang ada iaitu Jawi dan rumi.

Tulisan jawi telah lama dipraktikkan di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan lagi manakala kedatangan tulisan rumi hasil daripada penjajahan. Namun
Perlembagaan Persekutuan telah mengiktiraf kedua-dua tulisan tersebut.

عباس ابن فيرنس


ممبوات ڤنربڠن ڤرچوبأن سچارا ساءينتيفيك

عباس ابن فيرنس اداله ساله سأورڠ ڤاكر ساءين س اسلام يڠ جوڬ مروڤاكن مأنسي ڤرتام ممبوات ڤنربڠن ڤرچوبأن سچارا ساءينتيفيك دالم سجاره سباڬايمان دسبوت اوليه سجاروان بارت ق. فيلليڤ هيتتي.

فيليڤ هيتتي دالم بوكوڽ "هيستوري اوف تيه عربس" تله بركات، مقصودڽ عباس ابن فيرنس مروڤاكن اورڠ يڠ ڤرتام دالم سجاره يڠ ممبوات ڤرچوبأن اونتوق تربڠ دڠن مڠڬوناكن ڤندكتن ساءينتيفيك.

عباس ابن فيرنس توروت تركنل كران منجادي ساله سأورڠ علموان اسلام ڤرتام يڠ داتڠ ك اندالوسيا. سڤرتي كبڽقان چندكياوان كتيك ايت، بلياو جوڬ ماهير دالم بيدڠ لاين سڤرتي كيميا، كجيوأن دان كاجي بينتڠ. دان سڤرتي ڤنچيڤتا يڠ لاين، بلياو توروت برچيتا-چيتا اونتوق منروك عالم بارو ايايت تربڠ ك اڠكاس راي. تيدق سڤرتي ڤنچيڤتا لاين، عباس ابن فيرنس مرياليساسيكن اڠن-اڠن دڠن مريك الت تربڠ يڠ كليهاتن سڤرتي لونچور اودارا. اي دبنتوق مڠڬوناكن بولو ايم يڠ دليكتكن ڤد راڠك كايو.

ڤد تاهون 875 م، عباس ابن فيرنس منچيڤتا ڤلايڠڽ سنديري، دان ملايڠ تورون دري منارا. ڤنربڠن ايت اڬق برجاي، دان دساك سايكن اوليه ڤندودوق چردوبا اونتوق مڽقسيكن دتيق برسجاره ايت. ڤندودوق ممرهاتي دري ڬونوڠ برهمڤيرن كتيك بلياو تربڠ تتاڤي لونچور اوداراڽ ايت ترجونم ك باوه مڽببكن بلياو مڠالمي كچدرأن سريوس.

بلاكڠڽ ترچدرا، دان دكاتاكن بهاوا بلياو تيدق مڠمبيل كيرا اكن چارا بوروڠ مڠڤق كتيك ترجونم، دان مندارت ڤد ايكورڽ. بلياو تيدق مڽدياكن ايكور، اتاوڤون چارا ڤرڬرقن سروڤا ايت. كماتينڽ، هاڽ دوا بلس تاهون سلڤس ايت، موڠكين سديكيت سباڽق دأكابتكن اوليه كچدرأنڽ.

ڤاكر سجاره اميريك، لينن وهيتي مڽلوڠكر لبيه مندالم قيصه اين دان منداڤتي، ڤنربڠن لونچور اودارا يڠ ڤرتام دچاتت ڤد 875 م اوليه سأورڠ ڤنچيڤتا بڠسا مواور ايايت ابن فيرنس يڠ تيڠڬل د چردوبا، سيڤڽول. “اداله همڤير ڤستي بهاوا كجايأن فيرنس اين مرڠسڠ ايديا ايلمر ﴿سأورڠ لاڬي ڤنچيڤتا الت تربڠ﴾ سلڤس بلياو كمبالي دري ڤراڠ صليب