Thursday, August 27, 2009
Alat Pengesan Genetik Khinzir dalam Makanan
Senario…
Makanan yang baik akan memastikan pertumbuhan tubuh badan yang baik seterusnya memastikan kesihatan yang baik. Aspek pemakanan dan kesihatan amat berkait rapat di mana pemakanan setiap individu akan mempengaruhi kesihatannya.
Hikmah Pengharaman
Setiap tubuh badan kita terbina berdasarkan komposisi 61% air, 17% protein, 12% lemak, 4.7% garam galian dan kurang 1% karbohidrat . Berdasarkan komposisi ini, daging yang merupakan salah satu sumber protein diperlukan dalam pembinaan tubuh badan manusia. Daging juga menyumbangkan zat besi, tiaman, riboflavin, niasin, vitamin B dan B12, fosforus, zink dan unsur-unsur surih yang lain . Daging juga dikenali sebagai makanan membina tubuh.
Walaubagaimanapun, menurut Islam tidak semua daging boleh dimakan dan dijadikan salah satu hidangan dalam pemakanan kita sehari-harian. Apakah jenis-jenis daging haiwan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan? Mengapakah pula Islam mengharamkan pemakanannya?
Mengapakah Islam melarang beberapa jenis haiwan ini daripada dimakan. Sesungguhnya Islam tidak akan melarang sesuatu yang baik tetapi pastinya mempunyai sebab yang tertentu. Sebab pengharaman memakan haiwan-haiwan tersebut dapat diteliti daripada beberapa aspek:
1) Aspek Sains
Kesan memakan haiwan kornivor akan mempengaruhi sifat-sifat seseorang individu. Menurut Fangary A.S, manusia yang memakan daging binatang buas mewarisi sikap kasar, kurang adab, sanggup membunuh tanpa sebab dan sanggup memakan daging manusia lain. Selain daripada itu, daging binatang yang memakan binatang lain terdapat padanya unit yang membina lemak (trigliserid) yang tidak bolah dihadamkan oleh enzim penghadaman lemak manusia. Maka, lemak tersebut terus diserap dan wujud dalam badan manusia sebagai lemak binatang.
Sebaliknya dengan daging yang memakan tumbuh-tumbuhan akan menghasilkan daging yang baik dan bermanfaat kepada manusia. Lemak daripada daging haiwan-haiwan tersebut mampu dihadam dan diserap dalam tubuh badan manusia sebagai lemak manusia .
2) Aspek Penyembelihan
Haiwan-haiwan buas dan burung yang berkuku pencakar juga tidak memungkinkan penyembelihan disebabkan sifatnya yang buas dan mampu mencederakan manusia. Islam mewajibkan penyembelihan kerana padanya terdapat beberapa kebaikan antaranya ialah penguraian glikogen kepada glukosa ketika ia disembelih.
Glikogen ialah hasil daripada penyimpanan karbohidrat di dalam tubuh binatang pada bahagian hati dan otot. Glikogen yang terurai dengan serta-merta kepada glukosa ketika disembelih berfungsi sebagai tenaga untuk mengendurkan semula otot-otot yang tegang. Glikogen memainkan peranan dalam menentukan tekstur daging dan kualiti penyimpanan selepas penyembelihan .
Selain itu, penyembelihan akan menyebabkan pengaliran darah keluar seterusnya mengelakkan pertumbuhan mikroorganisma. Penyembelihan dilakukan dengan memotong saluran pernafasan, esophagus, saluran yang membawa darah dari jantung dan saluran yang membawa darah dari tubuh ke jantung. Pemotongan tulang leher perlu dielakkan ketika penyembelihan kerana tulang leher akan membolehkan haiwan menggelepar dengan semaksimum mungkin dan membantu pengaliran darah keluar .
3) Aspek Pemeliharaan Maqasid Syar’iyyah.
Pengharaman sesuatu perkara dalam Islam berkaitan dengan bahaya dan keburukan. Sesungguhnya tiada pengharaman yang ditetapkan tanpa sebab-sebab yang kukuh. Maka, yang jelas manfaatnya dihukum halal dan yang jelas keburukannya dihukum haram di sisi syari’at Islam.
Sebagai contoh pengharaman arak yang diterangkan dalam surah al-Baqarah ayat 219: Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…..
Pengharaman menurut syari’at Islam berkait rapat dengan menjaga kepentingan dan kemaslahatan individu dan masyarakat. Antaranya adalah bagi memelihara agama, jiwa/nyawa, akal, keturunan dan harta.
sumber: http://drishak69.blogspot.com/2008/09/jenis-jenis-haiwan-yang-haram-dimakan.html
Friday, August 21, 2009
Sunday, July 12, 2009
Perbanyakkan Selawat
Perkataan selawat (bahasa Arab) diambil dari perkataan solat (bahasa Arab), doa, pujian]. Ibnu Kasir berkata dalam tafsirnya: Telah berkata Al-Bukhariy: Telah berkata Abu `Aliyah: Salawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para malaikat. Dan salawat malaikat ialah doa. Dan salawat orang mu'min ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]
Kita sangat digalakkan berselawat kepada Nabi kita s.a.w. Malah ia begitu penting sehingga doa kita tidak diterima oleh Allah jika kita tidak berselawat. Perkara ini merupakan satu hakikat kerana ia disampaikan sendiri oleh Nabi Muhammad :
Rujukan :
* Riwayat Ad-Dailami
"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi s.a.w. "
Ini ialah kerana kebanyakan kita melakukan banyak dosa dan kemungkaran setiap hari. Lebih-lebih lagi kita yang hidup jauh daripada zaman Nabi s.a.w. Begitu lemahnya iman dan amalan Islam kita sehingga iman kita diibaratkan senipis kulit bawang dan iman kita pula diibaratkan seperti iman orang yang munafik. Memang sepatutnya sekiranya Allah tidak terima permintaan daripada orang-orang yang banyak melakukan dosa seperti kita.
Tetapi, Allah itu bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia kasihankan kita, maka Dia bagi jalan keluar.
Dia suruh kita berselawat kepada Nabi s.a.w. dahulu. Apabila kita berselawat, barulah doa kita akan didengar-Nya. Barulah ada peluang untuk ia dikabulkan pula. Kalau awal-awal lagi sudah ditolak, sudah tentu tidak ada peluang untuk diterima sama sekali.
Berselawat kepada Nabi ibarat kita dapat "recommendation" daripada baginda. Tamsilannya begini. Katakanlah kita hendak memohon sesuatu pekerjaan di sebuah syarikat. Kita tahu ramai orang lain yang bersaing dengan kita untuk mendapatkan kerja tersebut. Tetapi apabila kita jumpa pengurus dan cakap pada dia, "Saya kenal baik Encik Rustam, pembantu kanan tuan." Pada masa yang sama pula, Encik Rustam tu "recommend" kita untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Maka, menjadi mudahlah untuk kita diterima untuk menjawat jawatan tersebut.
Begitulah tamsilan kita berselawat kepada Nabi s.a.w. Bila kita berselawat, nabi pun akan menjawab selawat kita. Selawat baginda kepada kita itulah doa untuk kita. Dan doa para nabi itu sangatlah makbul, lebih-lebih lagi Nabi Muhammad s.a.w. yang mendapat gelaran kekasih Allah. Ini yang dikatakan "recommendation" tadi.
Selain selawat ini penting untuk menyampaikan doa kita kepada Allah s.w.t, ia juga penting untuk pelbagai hal yang lain.

Subscribe to:
Posts (Atom)