Saturday, February 28, 2009

Pada Siapa Patut Letak Cinta? Siri 5

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu…

Saturday, February 21, 2009

Martabat Tulisan Jawi

Berikut adalah sedutan daripada buku Perlembagaan Persekutuan (Undang-undang Malaysia) (Hingga 15hb Januari 2003) ILBS. Usaha memartabatkan tulisan jawi tak perlu dikesampingkan oleh mana-mana pihak, dewasa ini heboh mengatakan perlu memartabatkan bahasa melayu termasuklah tulisan jawi. Tulisan ini harus dipupuk dan disemai setiap lapisan masyrakat kerana kebanyakkan pengajian dalam ilmu agama banyak mengunakkan tulisan jawi...

Dengan cabaran masa kini, anak-anak kurang terdedah kepada ilmu agama yang dapat menjadi benteng diri daripada tercebur dengan pekara-pekara yang negatif. Malah ada diantara ibu bapa pun turut tidak tahu membaca tulisan jawi lagi...Bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu sejak berkurun lamanya sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, sebaliknya pada zaman itu Eropah melalui Zaman Gelapnya (Dark Ages)...Tanpa sebarang ilmu apatah lagi hendak mengangkat menjadi bahasa ilmu?



BAHAGIAN 12


AM DAN PELBAGAI

152. Bahasa Kebangsaan

(1) Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa-

(a) tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada mengunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain; dan

(b) tiada apa-apa jua dalam fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan pengunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.


Dalam "Fasal 152. Bahasa Kebangsaan (1) Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan". Jelas menerangkan "Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu" dan Bahasa ini "hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan" maksudnya "dalam apa-apa tulisan termasuklah tulisan jawi dan rumi. Ini kerana dalam Bahasa Melayu hanya terdapat dua jenis tulisan yang ada iaitu Jawi dan rumi.

Tulisan jawi telah lama dipraktikkan di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan lagi manakala kedatangan tulisan rumi hasil daripada penjajahan. Namun
Perlembagaan Persekutuan telah mengiktiraf kedua-dua tulisan tersebut.

عباس ابن فيرنس


ممبوات ڤنربڠن ڤرچوبأن سچارا ساءينتيفيك

عباس ابن فيرنس اداله ساله سأورڠ ڤاكر ساءين س اسلام يڠ جوڬ مروڤاكن مأنسي ڤرتام ممبوات ڤنربڠن ڤرچوبأن سچارا ساءينتيفيك دالم سجاره سباڬايمان دسبوت اوليه سجاروان بارت ق. فيلليڤ هيتتي.

فيليڤ هيتتي دالم بوكوڽ "هيستوري اوف تيه عربس" تله بركات، مقصودڽ عباس ابن فيرنس مروڤاكن اورڠ يڠ ڤرتام دالم سجاره يڠ ممبوات ڤرچوبأن اونتوق تربڠ دڠن مڠڬوناكن ڤندكتن ساءينتيفيك.

عباس ابن فيرنس توروت تركنل كران منجادي ساله سأورڠ علموان اسلام ڤرتام يڠ داتڠ ك اندالوسيا. سڤرتي كبڽقان چندكياوان كتيك ايت، بلياو جوڬ ماهير دالم بيدڠ لاين سڤرتي كيميا، كجيوأن دان كاجي بينتڠ. دان سڤرتي ڤنچيڤتا يڠ لاين، بلياو توروت برچيتا-چيتا اونتوق منروك عالم بارو ايايت تربڠ ك اڠكاس راي. تيدق سڤرتي ڤنچيڤتا لاين، عباس ابن فيرنس مرياليساسيكن اڠن-اڠن دڠن مريك الت تربڠ يڠ كليهاتن سڤرتي لونچور اودارا. اي دبنتوق مڠڬوناكن بولو ايم يڠ دليكتكن ڤد راڠك كايو.

ڤد تاهون 875 م، عباس ابن فيرنس منچيڤتا ڤلايڠڽ سنديري، دان ملايڠ تورون دري منارا. ڤنربڠن ايت اڬق برجاي، دان دساك سايكن اوليه ڤندودوق چردوبا اونتوق مڽقسيكن دتيق برسجاره ايت. ڤندودوق ممرهاتي دري ڬونوڠ برهمڤيرن كتيك بلياو تربڠ تتاڤي لونچور اوداراڽ ايت ترجونم ك باوه مڽببكن بلياو مڠالمي كچدرأن سريوس.

بلاكڠڽ ترچدرا، دان دكاتاكن بهاوا بلياو تيدق مڠمبيل كيرا اكن چارا بوروڠ مڠڤق كتيك ترجونم، دان مندارت ڤد ايكورڽ. بلياو تيدق مڽدياكن ايكور، اتاوڤون چارا ڤرڬرقن سروڤا ايت. كماتينڽ، هاڽ دوا بلس تاهون سلڤس ايت، موڠكين سديكيت سباڽق دأكابتكن اوليه كچدرأنڽ.

ڤاكر سجاره اميريك، لينن وهيتي مڽلوڠكر لبيه مندالم قيصه اين دان منداڤتي، ڤنربڠن لونچور اودارا يڠ ڤرتام دچاتت ڤد 875 م اوليه سأورڠ ڤنچيڤتا بڠسا مواور ايايت ابن فيرنس يڠ تيڠڬل د چردوبا، سيڤڽول. “اداله همڤير ڤستي بهاوا كجايأن فيرنس اين مرڠسڠ ايديا ايلمر ﴿سأورڠ لاڬي ڤنچيڤتا الت تربڠ﴾ سلڤس بلياو كمبالي دري ڤراڠ صليب

Tak usah mengharap lagi....

Presiden Barack Obama mengumumkan penambahan besar-besaran anggota tentera Amerika Syarikat (AS) - seramai 17,000 tidak lama lagi. Inin menunjukkan bahawa Dasar Luar dibawah pentadbiran Obama masih lagi sama dan tidak berubah walaupun pelbagai ucapan yang telah kita dengar.

Saya sudah ulas dalam artikel Jangan Tagih Janji, Berpegang Pada Diri Sendiri yang lepas. Jangan mudah percaya dengan perkataan mereka apatah lagi hendak menyelesaikan masalah dunia islam, sepatutnya masyrakat islam perlu berusaha menyelesaikan masalah mereka sendiri bukan mengharap pada orang lain.

Kebimbangan Amerika Syarikat akan terus memperluaskan dasar menjajah secara langsung dan tidak langsung di kedua-dua negara itu, seterusnya menyebabkan konflik dan persengketaan dalaman yang tidak berkesudahan.

Wartawan CBS, David Martin melaporkan, komander kanan Amerika di Afghanistan bercadang menghantar anggota baru terus ke medan peperangan di selatan dan meminta lebih ramai menyertainya.

Walaupun banyak manapun tentera AS yang dihantar, namun mereka akan terkubur disitu juga seperti kehancuran Soviet Union yang cuba menawan Afghanistan.

pautan akhbar:

harakahdaily

berita harian

Cerpen: Insan.

Insan.
Shukri Sulaiman



Di sini bermula.

“Mengelamun lagi ke?” Suara itu muncul secara tiba-tiba menyebabkan lamunan aku terhenti ke arah sebuah kota lama yang tidak jauh dari flat kediaman aku.

“Tak ada apa-apa, cuma duduk termenung saja”

Sudah menjadi kebiasaan aku duduk di tepi tingkat sambil memerhatikan keadaan sekeliling disamping memerhatikan gelagat penghuni di sini.

Dalam keadaan musim panas yang hampir mencecah 40 darjah celcius, kami berempat merasa lebih selesa memilih untuk tidak keluar kerana tidak tahan cuaca yang panas melampau kalau dibandingkan dengan cuaca di tanah air yang kurang sedikit bahangnya.

“Sepanjang aku duduk di Mesir, aku rasa cuaca hari ini yang paling panas” Keluh Naufal dengan muka yang merah padam.

“Ini baru panas dunia Naufal, ingat belum lagi panas akhirat nanti?” Melihatkan wajah Malik yang gelisah.

“Itu aku tahu, Cuma panas kali ini lain sikit” Jawab Naufal sambil beredar ke bilik air untuk mandi membasahkan badannya.

Naufal baru sudah dua tahun menetap di sini. Selain itu, Zikri dan Fatim merupakan penghuni flat kami. Aku yang paling tua, dianggap sebagai ketua keluarga dalam keluarga kecil ini.

Kadang-kadang dalam semua hal biasanya aku akan di galas mahupun hal yang remeh temeh.

Kami berempat sudah aku anggap macam saudara kandung sendiri, berjauhan di tempat orang membuatkan semangat ukuwwah antara kami semakin erat antara satu sama lain. Konsep baiti jannati (rumahku adalah syurgaku) menjadi teras keharmonian ukuwwah kami.

Rasa macam sekejap saja aku akan menamatkan pengajian di sini dan pulang ke tanah air. Walaupun aku sekarang bergelar seorang mahasiswa yang bakal menempuhi alam pekerjaan tidak lama lagi.

Walaupun berada di tempat orang namun perjuangan untuk mendapatkan secebis ilmu di universiti tertua ini.

Tiada tujuan lain mereka berhijrah ke bumi kinanah (salah satu nama jolokan bagi bumi Mesir) untuk mendapatkan secebis ilmu yang akan dimanfaatkan untuk Islam, diri, masyrakat dan negara amnya.

Lazimnya penduduk disekitar Delta Nil masih lagi berlindung di dalam rumah yang berhawa dingin jika hendak dibandingkan dengan keadaan cuaca di luar.

Hembusan angin sahara di sertai dengan debu yang menambahkan lagi kehangatan udara. Istirehat dalam flat lebih nayaman daripada hendak berjalan kaki meskipun hendak menuju solat zuhur berjamaah di masjid.

Meskipun azan di laungkan di setiap ceruk kota namun mereka yang benar-benar kuat imannya saja mampu menggerakkan rohani dan jasmani untuk menuju ke masjid.

Bagai pepohon hijau di tengah padang pasir, masih lagi mampu berdiri sambil bertasbih kepada yang Maha Esa tetap tidak pernah mengeluh lantas tidak sedetik pun lalai dari menjalankan kewajipan titah perintah tuhan pentadbir semesta alam.



Kisah hidup.

Aku bukanlah di lahirkan dalam keluarga yang serba mewah atau daif, cukuplah untuk kedua orang tuaku menyara kami sekeluarga dan memberikan didikan yang sempurna dengan harapan aku akan menjadi insan yang berguna kelak.

Aku cuba mengimbas kembali bagaimana peristiwa ketika aku mula-mula hendak menjejakkan kaki di bumi Mesir. Berkat bantuan keluarga, Cikgu Afif dan semua jemaah surau Kampung Sungai Duyong, Melaka membawa aku sampai ke tahap ini.

Aku amat terhutang budi kepada mereka semuanya itulah semangat ukuwwah yang di tunjukkan bagi membantu aku melanjutkan pelajaran hingga ke tahap ini.

“Macam mana saya nak pergi Cikgu?”

“Insyallah, kami akan membantu setakat yang kami mampu lakukan, bersabarlah Allah senantiasa bersama dengan orang yang sabar. Kalau kamu sudah ditakdirkan pergi ke sana, kamu tetap akan pergi juga” Cikgu Afif menasihati.

“Terima kasih atas bantuan yang Cikgu hulurkan”

Ketika itu aku runsing memikirkan adakah Ayah mampu membiayai segala kos perbelanjaan untuk menyambung pelajaran di Mesir nanti walaupun aku cuba memohon pinjaman atau biasiswa pendidikan.

Mujur tidak lama kemudian, aku dapat tajaan biasiswa melanjutkan pelajaran. Berat hati hendak meninggalkan keluarga dan hidup jauh di perantauan.

Ayah cuma seorang pemandu bas sekolah manakala ibu menjadi suri rumah sepenuh masa, berapalah sangat pendapatan sebagai pemandu bas sekolah. Berdepan dengan kerenah pelajar sekolah, maintance, pemeriksaan berkala dan sebagainya.

Akhirnya bila cukup bulan, pendapatan itu hanya cukup-cukup makan sahaja untuk menampung kami sekeluarga. Memandangkan keadaan kesihatan ayah, sekali-sekala dia tidak mampu hendak memandu bas akibat kesakitan lutut dan sakit sendi.

Aku membantu sekadar yang termampu yang aku lakukan. Tidak ada tempat aku hendak mengadu lagi melainkan kepada Mu ya Allah, tempat aku meminta pertolongan. Pertolongan dari Allah itu datang dengan berbagai-bagai cara sehingga aku bisa menjejakkan kaki ke bumi Mesir.



Zaman persekolahan.

Proses menjadikan aku seorang manusia memakan masa yang agak lama. Institusi sekolah menjadi saksi kegigihan aku menuntut ilmu pengetahuan sehingga aku memperolehi Mumtaz (cemerlang) dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Mahaad Muhammadi.

Bukan mudah proses untuk memanusiakan manusia. Itulah tugas dan amanah penting yang perlu di galas oleh seorang pendidik atau guru.

Selama ini Cikgu Afifl yang banyak memberikan aku dorongan sehingga aku memperolehi keputusan cemerlang. Pada hari menjelangnya hari peperiksaan.

“Hari ini kamu perlu buktikan kepada semua orang disekeliling kamu syukri. Kamu boleh lakukan yang terbaik, ” Pesan Cikgu Afif.

“Ingat! Balas jasa kedua orang tua kamu. Dengan cara ini sedikit sebanyak dapat mengembirakan hati orang tua kamu.

Mereka berhempas pulas mencari rezeki untuk membesarkan kamu sehingga kamu berjaya. Cikgu senang kalau kamu sudah berjaya kelak” Tegasnya.

Sejak dari hari itu, aku masih lagi ingat pesannya. Walaupun Cikgu Afif banyak cakap dan selalu membebel namun ada benarnya.

Bermula dari aku seorang tidak tahu membaca, menulis dan mengeja sehinggalah aku menjadi seorang mahasiswa…terima kasih Cikgu.

Teringat kembali bagimana aku mula-mula dapat membaca merupakan suatu kepuasan yang amat tidak terhingga apatah lagi Cikgu yang mengajar aku.

Itulah di namakan kepuasan seorang pendidik yang tidak dapat di gambarkan oleh sesiapapun.

Saban tahun Hari Guru datang dan pergi. Biasanya perayaan itu hanya meriah semasa di peringkat sekolah. Ia bukanlah satu hari yang besar pada mereka yang tidak terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan.

Guru seringkali di definisikan sebagai guru yang mengajar di sekolah sahaja. Padahal makna guru itu amat dalam dan merangkumi sesiapa sahaja yang memenuhi kriteria - mengajar sesuatu yang baru kepada yang tidak mengetahui.

Itulah makna seorang guru, tak kiralah apa yang di ajarkan. Teringat pula petikan puisi daripada Allahyarham Usman Awang yang berjudul "Guru Oh Guru"

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,

Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara,

Jika hari ini seorang ulama yang mulia,

Jika hari ini seorang peguam menang bicara,

Jika hari ini seorang penulis terkemuka,

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Begitulah permulaan kita dengan sejarah seorang guru, besar sumbangan mendidik anak bangsa dengan penuh sabar. Dari mula tidak tahu mengenal dunia sehingga menjadi generasi yang memimpin dunia.

Kesabaran hendak megajar dan melayan teletah anak murid yang sering kali menimbulkan pelbagai masalah. Matlamat untuk melahirkan generasi bangsa yang berilmu dan berpengetahuan tidak diketepikan.

Terasa kering benar tekak aku, Zikri cuba menawarkan aku ashir (jus) mangga bagi menghilangkan dahaga.

“Akhi Syuk mahu ashir mangga ini?” Pelawa Zikri.

“Macam tahu saja, tekak ini memang dahaga sangat”.

Syukran, Zikri”.

Afwan”.

Teringatkan nostalgia lalu sambil menghirup ashir mangga memang mengasyikkan ketika waktu cuaca panas begini.

Tambahan pula, tugas guru yang mendididk bukanlah satu tugas yang mudah kerana pada hari ini ibubapa meletakkan sepenuhnya tugas mendidik anak mereka dibahu guru sedangkan anak-anak ini memerlukan didikan dan perhatian daripada orang tuanya.

Berbeza dengan zaman dahulu, mereka diasuh dengan didikan agama seperti kelas mengaji al-quran, tajwid dan halaqah dengan membaca kitab-kitab lama karangan ulama nusantara yang terkenal mahupun kitab terjemahan dengan mengunakan tulisan jawi lama.

Struktur ayat tidak mudah di fahami bagi sesiapa yang tidak pernah membaca atau mempelajari kitab lama.

Ini kerana ambilan ilmu tersebut di terjemahkan terus kedalam bahasa melayu lama, kerana zaman dahulu tiada penel penilai perterjemah bagi mengawal istilah terjemahan.

Tanpa seorang mualim atau guru aku takkan dapat memahami sedikitpun. Tanpa mereka siapalah aku!

Kalau tanpa proses pendidikan tak mungkin aku akan menjadi insan yang berguna kepada masyrakat. Lihatlah dengan golongan yang tidak senasib dengan aku seperti mat rempit, mat dadah dan macam-macam lagi mat yang ada dimuka bumi ini.

Mereka bukan minta untuk jadi macam itu mungkin itulah takdir ketentuan ilahi, mereka perlu mengubah diri mereka andai tersasar jauh dari panduan ilahi.

Setiap manusia pasti melakukan kesilapan, melalui kesilapan itulah kita belajar memperbetulkan kesilapan dan melalui kesilapan itulah kita berubah menjadi yang lebih baik.



Berjamaah

Menyambung pengajian Ijazah di Universiti Al-Azhar, Mesir merupakan impian sejak dahulu untuk menjejakkan kaki dibumi anbia’.

Lalu azan zuhur berkumandang di setiap sudut kota memanggil untuk sama-sama melakukan solat secara berjamaah.

Teringat akan sebuah hadis, Imam Ibn Majah meriwayatkan dari Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:
"Barangsiapa mendengar seruan Azan kemudian tidak mendatanginya maka tidak ada solat baginya kecuali uzur".

Pada Siapa Patut Letak Cinta? Siri 4

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu…

Thursday, February 19, 2009


Forum Budi Bahasa Pekerti Mulia

Pada 28/2/09, Sekretariat Rakan Masjid dengan kerjasama JKSK akan mengadakan forum yang bertajuk Budi Bahasa Pekerti Mulia bertempat di dewan kuliah L50, UTM Skudai, Johor dari jam 9 pagi- 12.30 tgh hari. Forum ini sacara dasarnya membincangkan kepentingan Bahasa Melayu
dalam membentuk peribadi seorang manusia yang beradab. Selain itu, forum ini juga menekankan kepentingan mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan kaitannya dengan Islam...

Di sini dicadangkan bahan rujukan yang boleh dijadikan rujukan
mengenai forum tersebut:

1. Buku elektronik: Mengapa Kami Bantah!
Boleh muat turun di alamat ini:
http://www.kongresbahasa.org/wp-content/uploads/2006/11/ebook-mengapa-kami-bantah.pdf

2. Laman sesawang kumpulan Prihatin: http://www.prihatin.net

3. Blog Prof Abdullah: http://profabdullah1.wordpress.com/

Harus diigatkan forum ini hanya menyentuh persoalan peranan Bahasa
Melayu dalam pembentukan jati diri seseorang Melayu(Islam), Bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu dan kaitan Bahasa Melayu dengan islam itu
sendiri sesuai dengan tajuk forum: Budi Bahasa Pekerti Mulia

Insyaallah, ahli panel yang bakal dijemput ialah En Azhar Mohammad, FPPSM & Ust
Mahyuddin, Pengawai Hal Ehwal Islam, MSI, UTM. Manakala moderatornya pula
ialah En Fauzi Othman, FPPSM, UTM.

Tuesday, February 17, 2009

Managing Stress

How to Effectively Deal

At some time or another, we all experience stress. Sometimes it stems from family, relationships, or work; but regardless of its source, it still feels the same. Stress cannot be avoided, however, we can learn to effectively manage and prevent it from overtaking our lives.

The first step to coping with stress is to recognize its source and to identify what it is about this source that is causing you distress. As mentioned earlier, stress can come from many different reasons and aspect that is why it is helpful to explore these sources and why they can be troubling.

Muslims can deal with prolonged stress better when they understand where it comes from. Stress, doctors say, usually stress comes from fear of the unknown, the future, and death.
However, Allah SWT has already provided us with prevention against those fears. "And We will most certainly try you with somewhat of fear and hunger and loss of property and lives and fruits; and give good news to the patient" (Holy Qur'an, 2:155). The Prophet Muhammad (saw) said, "Your most ardent enemy is your evil self which resides within your body. If this soul is not checked, it will lead to unusual stress" (Bukhari).

The Prophet Muhammad (may the peace and blessings of Allah be upon him) told us that we could find this internal peace and relaxation during praying. It was reported by Imam Ahmad in (Al Musnad) that the Prophet (May peace and blessings be upon him) has told Bilal, "call for the prayers, it will comfort us". This raises very important questions: Why do different forms of worship lose their capacity to help us cope with stress; and how can they be performed in a better way to improve their capacity to help us cope with stress?

Probably the most common source of stress comes from the family. Families are made up of individuals, each with their own unique personality. When you place these different personalities together, conflict will undoubtedly surface and cause stress.


Coping With Stress


Faith (iman) - Islamic spiritual practices can dramatically alter your worldview and thereby restore your feelings of self worth and personal meaning, giving you a feeling of deeply rooted power and control.

The Remembrance (zikr) - can also be performed by concentrating on one word or a few words that give the person a sense of internal peace and calm; for example by repeating the words subhan Allah (glory be to Allah), al-hamdu lillah (all praise be to Allah) and Allah-hu Akbar (Allah the almighty).

Praying (solah) - While praying, each one of us feels that we are in extreme connection with the controlling power of this world (Allah) and that from Him we receive maximum support. Recent scientific investigations show that praying reduces post-operative complications following open-heart surgery. Praying also markedly reduces the percentage of patients exposed to depression. Nowadays, doctors suggest that praying can be used as an alternative therapy as successfully as meditation, exercise, or herbal treatments. According to Koenig of Duke University, "when prayer uplifts or calms, it inhibits cortisol, epinephrine, and norepinephrine - hormones that flow out of the adrenal glands in response to stress. These fight-or-flight chemicals, released over time, can compromise the immune system, upping the odds of developing any number of illnesses, including heart disease, stroke, peptic ulcers, and inflammatory bowel disorder (IBS)."

Learn how to say “no” – Know your limits and stick to them. Whether in your personal or professional life, refuse to accept added responsibilities when you’re close to reaching them. Taking on more than you can handle is a surefire recipe for stress.

Avoid people who stress you out – If someone consistently causes stress in your life and you can’t turn the relationship around, limit the amount of time you spend with that person or end the relationship entirely.

Take control of your environment – If the evening news makes you anxious, turn the TV off. If traffic’s got you tense, take a longer but less-traveled route. If going to the market is an unpleasant chore, do your grocery shopping online.

Avoid hot-button topics – If you get upset over religion or politics, cross them off your conversation list. If you repeatedly argue about the same subject with the same people, stop bringing it up or excuse yourself when it’s the topic of discussion.

Be more assertive. Don’t take a backseat in your own life. Deal with problems head on, doing your best to anticipate and prevent them. If you’ve got an exam to study for and your chatty roommate just got home, say up front that you only have five minutes to talk.
Manage your time better. Poor time management can cause a lot of stress. When you’re stretched too thin and running behind, it’s hard to stay calm and focused. But if you plan ahead and make sure you don’t overextend yourself, you can alter the amount of stress you’re under. Focus on the positive. When stress is getting you down, take a moment to reflect on all the things you appreciate in your life, including your own positive qualities and gifts. This simple strategy can help you keep things in perspective.

Monday, February 16, 2009


Peristiwa hari ini sungguh menguji tahap pemikiran dan tanggapan aku selama ini. Rutin seperti biasa disekolah, relief memang menjadi tugasan aku..maklumlah aku belum diberikan jadual mengajar untuk mana-mana kelas lagi. Relief kali ini untuk pelajar tingkatan satu, masa itu waktu agama islam. Dengan selamba aku bagi diorang pop kuiz tentang rukun iman dan rukun islam...ternyata dugaan aku meleset sama sekali. Ada diantara mereka yang tidak mengetahui lagi tentang kedua-dua huraian secara ijmali rukun islam dan rukun iman. Dugaan yang amat berat bagi setiap orang yang bergelar islam, tugas menyampaikan ini bukan terletak pada bahu ustaz dan ustazah aje tau. Bayangkan mereka ini kita anggap sebagai anak kita, sudah tentu kita hendak bagi asuhan dan didikan yang sempurna.

Sikap keperihatinan dan kepekaan ibu bapa zaman sekarang memandang remeh soal didikan dan asuhan dengan memberikan seluruh tanggungjawab ini kepada guru di sekolah (nanti saya akan ulas dalam cerpen terbaru saya, tidak lama lagi). Mereka hanya tahu membesarkan, melindungi, memberi makan dan sebagainaya tidak berbeza dengan haiwan ternakan. Maaf kalau saya gunakan perkataan yang agak kurang sopan, namun itulah realitinya apa bezanya kalau anak tidak mendapat didikan daripada ibubapa. Ingat kita sebagai ibubapa akan dipersoalkan tentang didikan yang kita berikan kepada anak-anak kita. Tentang solat mereka? puasa? ibadat-ibadat lain? hala haram? Manusia diberikan akan fikiran bukan seperti binatang yang hanya tahu memikirkan soal makan...jalan-jalan cari makan je yang kita tahu...fikir-fikirkan lah

Pada Siapa Patut Letak Cinta? Siri 3

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala……

Sunday, February 15, 2009

Panduan Memilih Jodoh Daripada Rasulullah

Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1]

Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain. Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.

Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” [2]

Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. [3] Wallahu’alam.
~~~~~~
[1] Sahih Muslim.
[2] Sunan Tirmizi. Bertaraf hassan.
[3] Sunan Tirmizi. Bertaraf hassan.

Saturday, February 14, 2009

Pada Siapa Patut Letak Cinta? Siri 2

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami.

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi……

Thursday, February 12, 2009

Pada siapa patut letak cinta? Siri 1

Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit.. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.....