Monday, February 11, 2008

Pengenalan Modal Insan

Pengenalan kepada modal insan merupakan cadangan kepada tajuk thesis saya tetapi disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan malah pembatalan tajuk ini dianggap berat bagi sesetengah rakan-rakan sekuliah disekeliling saya, “lagipun baru tahap Degree belum sampai tahap PhD lagi, nanti boleh la kau buat thesis gempak-gempak, janji dapat A cukuplah”. Jadi saya rasa tidak sepatutnya ilmu yang saya cari selama ini disia-siakan. Oleh itu, saya memilih pendekatan memasukkan sedikit coretan terhadap pengenalan kepada modal insan di Malaysia khususnya.

Sebenarnya apa yang saya hendak tonjolkan ialah kebenaran ilmu yang saya perolehi bukanlah mempunyai niat yang lain. Bagaimana asalnya penggunaan perkataan ”modal insan” dipopularkan oleh YAB Perdana Menteri kita. Bagi saya inilah masanya membuka langkah kecil dalam bidang penulisan dalam usaha integrasi dan islamisasi ilmu pengetahuan hingga ke akar umbi. Secara tidak langsung menutup jurang antara ilmu duniawi dan ukhrawi kerana matlamat kita ialah mendapatkan kejayaan hidup didunia dan diakhirat

Menurut Kamus Dewan pembangunan bermaksud perihal membangun, proses membangun, usaha atau kegiatan membangunkan. Modal insan menurut Kamus Za’ba, modal didefinisikan kelebihan yang dimiliki (kecantikan, kepintaran, kekayaan dll) yang digunakan untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati manakala insan pula didefinisikan sebagai manusia. Justeru, menurut Mariam (2007) pembangunan modal insan boleh difahami sebagai usaha untuk membangunkan keupayaan yang dimiliki oleh manusia itu sendiri. Menurut Khairul Rizal (2006) modal manusia adalah terjemahan secara mudah yang diberikan kepada istilah human capital.

Istilah modal insan (human capital) banyak dibincangkan oleh sarjana-sarjana pengurusan antaranya ialah Arthur Cecil Piguo, Jacob Mincer dan Gary Becker dimana kebanyakan idea dan konsep mereka menyamai idea Karl Marx (1818-1883) yang mengambil konsep “kuasa pekerja” atau labour power. Konsep “Kuasa Pekerja” yang dibawa oleh Karl Marx untuk mengarang pemusatan modal ekonomi. Malah Karl Marx juga menekankan kepentingan untuk menghasilkan produktiviti. Sebaliknya idea pelik ini telah diterima ramai dimana fokus mereka sebenarnya ialah meningkatkan tahap keuntungan dalam organisasi iaitu meningkatkan tahap pengetahun, kemahiran dan sikap pekerja itu sendiri dalam erti kata yang lain menjadikan pekerja itu sebagai "kuli" kerana pada masa itu tiada pengurusan sumber manusia yang lebih baik dengan pelbagai kelebihan sebagai seorang pekerja. Pada era zaman Karl Marx pada masa itu, penekanan milikan negara jadi jika kita berusaha bersungguh-sungguh sekalipun pekerja itu tetap mandapat pulangan atau ganjaran yang sama dengan pekerja yang malas.

Bagi definisi Barat, secara umumnya modal insan didefinisikan sebagai suatu cara untuk mengenal dan mengkategori kemahiran dan kebolehan orang yang diguna dalam pengambilan pekerja dan dalam hal lain, akhirnya mereka memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Menurut perspektif mereka, mereka begitu memberi fokus kepada pembangunan sumber manusia dari sudut pengetahuan dan kemahiran tertentu yang dapat memberi pulangan kepada ekonomi sesebuah organisasi atau masyarakat.

Sebaliknya, islam sudah lama membangunkan kualiti insan itu sendiri tetapi dalam perbincangan ini saya mengunakan istilah "modal insan" ini dalam perspektif Islam secara umumnya, modal insan dilihat tidak sekadar mementingkan aspek pembangunan intelektual dan emosional bahkan melibatkan pembangunan spiritual. Islam melihat modal insan sebagai suatu konsep yang amat luas dan lebih terperinci tanpa terdapat lompang-lompang yang tidak dihuraikan. Definisi yang komprehensif ini dapat menjelaskan betapa pentingnya sumber ini kepada sesebuah negara khususnya umat islam.

Sejak diutuskan Pesuruh Allah iaitu junjungan mulia kita nabi Muhammad saw diutuskan bagi menyempurnakan akhlak manusia. Hal ini termasuklah keutamaan dalam membentuk dan melahirkan umat yang terbaik (khyrah ummah). Buktinya jiak kita melihat kepada sumbangan ilmuan-ilmuan islam dalam membina tamadun yang gemilang serta penyebaran ilmu pengetahaun ketika eropah mengalami zaman gelap (dark ages). Sehingga rahmat islam turut dirasai seluruh alam ini termasuklah orang islam dan bukan islam juga.

Menurut Gary S. Becker, merupakan sarjana dalam bidang ekonomi menekankan perbelanjaan terhadap pendidikan, latihan, penjagaan kesihatan dan banyak lagi merupakan suatu pelaburan terhadap modal insan. Mereka mengelarkan modal insan kerana manusia tidak boleh dipisahkan dengan pengetahuan, kemahiran, kesihatan atau nilai merupakan jalan memisahkan daripada kewangan dan aset tetap. Istilah modal insan atau human capital telah digunakan oleh sarjana pengurusan merujuk kepada elemen kunci memperbaiki aset organisasi dan pekerja untuk meningkatkan produktiviti bagi memperolehi kelebihan bersaing (Becker, 1964; Schultz, 1971).


RUJUKAN

Abdullah Ahmad Badawi (2006) Rancangan Malaysia ke Sembilan.

Asyraf Wajdi Dusuki (2006). Islam memperkasa potensi insan, Utusan Malaysia, 5 Mac. Utusan Publications.

Gary S. Becker ( _____ ) Human Capital. http://www.econlib.org/library/Enc/HumanCapital.html

Gilley, Jerry W. (1989) Principles of human resource development.

Harussani Zakaria (2006) Suara Mufti: Melayu lemah sebab suka seronok. Majalah Al Islam.

Hisham AlTalib (1996) Panduan Latihan Bagi Petugas Islam. Nurin Enterprise. Virginia, Amerika Syarikat.

Ibrahim Mamat (1996) Reka bentuk dan Pengurusan Latihan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. ms28-31.

Khairul Rizal Ramli (2006) Pengurusan modal manusia aspek baru pengurusan organisasi. Pemikir Edisi januari-mac 2006. Bil 43. Utusan Publications. 43.

Leonard Nadler & Zeace Nadler (1992) Every manager’s guide human resource development. San Francisco. Jossey-Bass Punlisher. 6.

Mahbubul Haq (1989) “United Nations role in human development” dlm Journal of the society for International Development.

Mariam Abd Majid (2007) Pembangunan Modal Insan: satu agenda utama. Persidangan Antarabangsa Peradaban Melayu ke III 2007. Modal Insan Bersepadu Teras Bangsa Terbilang. Institut Peradaban Melayu, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Mohd Dzul Khairi (2007) Suara orang muda: Modal Insan Berkualiti. Dewan Masyrakat bulan September 2007. 36.

Mohd Dzul Khairi. Modal insan dan budaya keilmuan http://mygamis-responisu.blogspot.com/2007/08/modal-insan-dan-budaya-keilmuan.html

Pemantapan modal insan bangsa mesti berteraskan akidah islam. http://ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=1&sec=&key=1195&cmd=resetall

Rahmah Ismail (1996) Modal Manusia dan perolehan buruh. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Sidek Baba ( ____ ) Gilap Kekuatan Ilmu Perlukan Insan Berjiwa Besar. Utusan Malaysia.http://www.maralondon.com/masterclub@uk/index.php?option=com_content&task=view&id=27&Itemid=40

Zuarida Mohyin (2007) Ruangan Bicara Agama: Himpunan hadis modal insan.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0907&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=ba_03.htm&arc=hive

__________ (2000) Kamus Za’ba. Hlm 478, 770.

__________ (1991) Kamus Dewan. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 93, 456, 832.

___________ ( ) Falsafah Pentadbiran Pembangunan Kerajaan Angkatan: Ketaqwaan Sebagai Faktor Pengeluaran. http://members.tripod.com/pkskel/falsafah.html

_______________ (2006) Menyemarak Kecermelangan Pentadbiran Melalui Pembangunan Sumber Manusia. Pembangunan Modal Insan. Koleksi Ucapan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. INTAN. Percetakan Nasional. Kuala Lumpur.